Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN (Penangguhan Bayaran Balik)

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN (Penangguhan Bayaran Balik).  Adakah anda peminjam pinjaman PTPTN yang berhasrat untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN? Menerusi portal rasmi PTPTN, semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang dikehendaki mengemaskini maklumat pendapatan mereka secara dalam talian (online) di portal web PTPTN di ruangan ‘Kemaskini Maklumat Pendapatan‘. Pengemaskinian maklumat pendapatan PTPTN ini boleh dibuat bermula daripada 16 Julai hingga selewat-lewatnya pada hari Rabu, 25 Julai 2018.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN (Penangguhan Bayaran Balik)

Untuk pengetahuan, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan. Sejajar dengan Manifesto kerajaan baharu, Pakatan Harapan yang menawarkan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada golongan tertentu untuk meringankan bebanan hidup mereka.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN (Penangguhan Bayaran Balik)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengemaskinian pendapatan PTPTN secara online di portal PTPTN :

1. Peminjam perlu layari ke portal rasmi di http://www.ptptn.gov.my.

2. Klik di ruangan ‘Kemaskini Maklumat Pendapatan‘ atau terus akses ke https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/.

3. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman Peminjam.

4. Selain kemaskini maklumat pendapatan, peminjam juga perlu mengemaskini maklumat yang lain seperti alamat, nombor telefon, alamat email dan maklumat pekerjaan.

5. Sebelum mengesahkan maklumat, peminjam boleh menyemak semula maklumat yang telah dikunci masuk. Jika maklumat adalah betul, peminjam perlu klik pada checkbox untuk membuat pengesahan.

6. Dan klik pada butang Hantar.

Nota : Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan.

Notis Pengemaskinian Maklumat Pendapatan PTPTN

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN (Penangguhan Bayaran Balik)
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN (Penangguhan Bayaran Balik)

Untuk keterangan lanjut, peminjam boleh melayari portal rasmi atau terus hubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000.

INFO BERKAITAN :

Leave a Reply