Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018 | Adakah anda pelajar Tahun Enam? Bilakah tarikh peperiksaan UPSR tahun 2018? Perhatian kepada calon, ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun Enam yang mempunyai anak bersekolah tahun Enam (6). Untuk makluman menerusi portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), telah mengumumkan jadual rasmi waktu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 yang akan berlangsung pada 20 dan 24-27 September 2018. Tahun lalu, jadual peperiksaan UPSR mulai pada 11 sehingga 14 September 2017 dan 18 September 2017.
Untuk pengetahuan, peperiksaan UPSR dilaksanakan melalui bentuk penilaian iaitu Peperiksaan / Ujian Bertulis. Kini, keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga komponen yang lain diambil kira dalam PPSR adalah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikoetrik (PPsi). Untuk jadual penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM, SPMU dan PAV sila rujuk Takwim Peperiksaan Awam 2018.
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018
Berikut dikongsikan adalah jadual waktu peperiksaan UPSR 2018 meliputi tarikh, waktu, kod & nama kertas dan masa peperiksaan :
Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis UPSR 2018
● Tarikh Ujian Bertulis : 20 dan 24 hingga 27 September 2018
Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018
Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, calon boleh rujuk disini dengan memuat turun Jadual Peperiksaan UPSR 2018 dalam bentuk PDF, klik Jadual Waktu UPSR 2018.
BACA JUGA : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 Rasmi
Semoga perkongsian tentang jadual exam UPSR 2018 dapat dijadikan rujukan kepada semua calon Tahun Enam. Selamat maju jaya kepada calon dan moga mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan UPSR tahun 2018.