Kalendar Tarikh Penting UPU Sesi 2018/2019 | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sesi 2018? Bilakah tarikh Permohonan UPU sesi akademik 2018/2019? Untuk makluman, menerusi Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi telah mengumumkan tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi 2018.
Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan UPU, anda boleh membuat Permohonan UPUOnline 2018/2019 secara online di portal rasmi UPU. Berikut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPU sesi akademik 2018/2019. Dengan adanya tarikh penting UPU ini dapat memudahkan pelajar mengetahui tarikh permohonan UPU termasuk tarikh keputusan permohonan termasuk tarikh rayuan.
Kalendar Tarikh Penting UPU Sesi 2018/2019
Berikut adalah tarikh-tarikh penting UPU sesi akademik 2018/2019 untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA :
Tarikh Permohonan UPU 2018 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf
● Permohonan UPU 2018/2019 DIBUKA : 5 Februari 2018
● Permohonan UPU 2018/2019 DITUTUP : 10 April 2018
● Jualan Unik ID UPU DIBUKA : 5 Februari 2018
● Jualan Unik ID UPU DITUTUP : 9 April 2018
● Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Lepasan SPM : 21 – 27 Mei 2018
● Permohonan UPUOnline Rayuan ke Universiti Awam/ Politeknik PrePremier DIBUKA : 21 – 27 Mei 2018
● Permohonan UPUOnline rayuan DITUTUP bagi lepasan SPM/ Setaraf 2018 : 28 Mei – 3 Jun 2018
● Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf : 28 Mei – 1 Julai 2018
● Semakan Panggilan Ujian MedSI & Program Temuduga Bukan Pendidikan Ujian MedSI bagi lepasan STPM/ Setaraf : 7 – 13 Mei 2018
● Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM/ Setaraf : 11 – 17 Jun 2018
● Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/ Setaraf DIBUKA : 30 Julai – 5 Ogos 2018
● Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/ Setaraf DITUTUP : 6 – 12 Ogos 2018
● Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1 : 20 – 26 Ogos 2018
● Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2 : 10 -16 September 2018
Sebarang keterangan lanjut anda boleh layari ke Facebook UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau hubungi di talian Hotline UPU 03- 88708200.
Semoga perkongsian tentang tarikh penting UPU sesi 2018/2019 ini dapat dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran UPU.