Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2018 | Adakah anda lepasan SPM atau STPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Universiti Awam Malaysia? Panduan buat anda, Permohonan UPU sesi akademik 2018/2019 akan dibuka mulai 5 Februari 2018 sehingga 10 April 2018. Bagi pelajar yang berkelayakan boleh mengemukakan Permohonan UPUOnline 2018 secara atas talian menerusi portal rasmi UPU.
Berikut adalah kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Mulai tahun 2015 istilah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah ditukar kepada Universiti Awam (UA), dimana IPTA hanya merujuk kepada Politeknik dan Kolej Komuniti.
Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM 2018
Berikut adalah maklumat mengenai senarai kategori permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 mengikut kelayakan kelulusan akademik pelajar :
KATEGORI PERMOHONAN LEPASAN SPM/ SETARAF
Senarai kategori pemohonan bagi lepasan SPM/ setaraf adalah seperti berikut :
○ Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa (tahun 2017) sahaja.
○ Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa (tahun 2016 & 2015).
KATEGORI PEMOHONAN LEPASAN STPM/ SETARAF
Senarai kategori pemohonan bagi lepasan STPM/ setaraf sesi 2018/2019 adalah seperti berikut :
i. Lepasan STPM/ Setaraf
○ Kategori A
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017 Aliran Sastera
○ Kategori S
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017 Aliran Sains
ii. Lepasan STAM
○ Kategori T (Lepasan STAM)
Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.
iii. Lepasan Matrikulasi KPM/ MASUM/ Asasi UiTM
○ Kategori N
Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, MASUM dan Asasi UiTM.
○ Kategori P
Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
○ Kategori U
Aliran Undang-undang Calon Asasi UiTM.
○ Kategori K
Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
○ Kategori L
Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
○ Kategori J
Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
iv. Lepasan Diploma/ Setaraf
○ Kategori E
Pemohon lepasan Diploma/ Setaraf Aliran Sastera
○ Kategori F
Pemohon Lepasan Diploma/ Setaraf Aliran Sains
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018 boleh hubungi no Hotline UPU di talian 03- 88708200 atau portal web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.
Semoga perkongsian ini tentang kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf dapat memudahkan pemohon untuk membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat ke universiti di Malaysia.
Nuranisah m.saleh
Kalau gu na spm2014 boleh tak