Perbezaan Tingkatan 6 Matrikulasi Asasi dan Diploma IPTA

Perbezaan Tingkatan 6 Matrikulasi Asasi dan Diploma IPTA. Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang dalam dilema untuk memilih program pengajian tinggi yang terbaik buat mereka sendiri. Adakah anda layak sambung pengajian di Tingkatan 6, program Matrikulasi, Asasi dan Diploma? Berikut adalah perbezaan masuk tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi dan Diploma IPTA.

Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi dan Diploma IPTA

Perbezaan Tingkatan  6 Matrikulasi Asasi dan Diploma IPTA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang perbezaan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma IPTA sebagai panduan buat pelajar :

A. Tingkatan 6

Tingkatan Enam adalah merupakan salah satu ‘fast track’ untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama). Pelajar tingkatan enam bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang kini sistem pembelajarannya telah berubah dengan mengikut konsep semester seperti di universiti. Tempoh pengajian yang dilaksanakan selama setahun setengah iaitu tiga semester. Pengambilan pelajar tingkatan 6 sangat mudah dan yuran pengajian juga lebih murah berbanding institusi yang lain. Kini, terdapat dua jurusan yang ditawarkan dalam pengajian Tingkatan 6 iaitu jurusan Sains dan jurusan Kemanusiaan.

Kelebihan Tingkatan 6

Sebenarnya Tingkatan 6 mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah ;

○ Sijil STPM diiktiraf dan sangat laku bagi kemasukan ke universiti luar negara antaranya yang menerima sijil STPM adalah University of Cambridge di United Kingdom.

○ Dengan memiliki sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan di sektor awam mahupun swasta.

B. Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi adalah merupakan fast track ke degree seperti STPM dan Asasi. Matrikulasi adalah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang hanya layak kepada pelajar Bumiputera sahaja. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.

Untuk melanjutkan pengajian ke program Ijazah, lulusan Matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM). Bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang berpeluang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM

C. Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan atau khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun pengajian.

D. Diploma IPTA

Program Diploma biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti awam. Hampir semua Universiti Awam (UA) ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Bagi lulusan diploma berpeluang tinggi untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah atau mengambil keputusan untuk bekerja. Pelajar perlu memohon melalui UPU atau secara terus ke IPTA berkenaan untuk mengikuti program peringkat ijazah.

BACA JUGA : Permohonan UPU Kemasukan ke UA Politeknik

Sumber : Dikongsikan dari facebook & Cikgu Kaunseling

Leave a Reply