Permohonan GIATMARA 2024 Online Pengambilan Januari & Julai

Permohonan GIATMARA 2024 Online Pengambilan Januari & Julai. Berminat melanjutkan pengajian ke Pusat GIATMARA? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Program GIATMARA ambilan Januari 2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA 2024 akan dibuka pada bulan Oktober 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi https://sptv.moe.gov.my/.

Permohonan GIATMARA 2024 Online Pengambilan Januari & Julai

Pusat Latihan GIATMARA adalah merupakan institusi pengajian yang dibina bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar mahupun di dalam bandar. Ianya membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi.

Permohonan GIATMARA 2024 Online Pengambilan Januari & Julai

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan GIATMARA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kemasukan GIATMARA 2024

Antara syarat-syarat kemasukan ke pusat latihan GIATMARA seperti berikut :

1. Calon adalah bumiputera

2. Berumur minima 15 tahun

3. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)

4. Sihat tubuh badan

Permohonan GIATMARA 2024 Online Pengambilan Januari & Julai

Cara Mohon GIATMARA 2024 Online dan Manual

Terdapat dua (2) pilihan untuk permohonan kemasukan ke GIATMARA bagi pengambilan Sepenuh Masa dan Separuh Masa seperti berikut ;

A. Permohonan GIATMARA Program Sepenuh Masa Online 

Untuk permohonan kemasukan GIATMARA sesi Januari 2024 boleh dibuat melalui online bagi program sepenuh masa sahaja. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan GIATMARA di laman web https://giatmara.edu.my/

B. Permohonan GIATMARA Program Separuh Masa Secara Manual

Untuk program latihan secara SEPARUH MASA, calon hendaklah dapatkan borang permohonan secara manual di pautan dibawah dan hantar borang itu ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

○ Aplikasi Permohonan : Borang

Senarai Kursus GIATMARA Yang Ditawarkan

1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology

2. Kluster Elektrikal (KEL)

3. Kluster Elektronik Mekatronik

4. Kursus Kluster Fabrik

5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology

6. Kluster Hospitaliti

7. Kursus Kluster Kulinari

8. Kursus Kluster Mekanikal

9. Kluster Pembuatan

10. Kursus Kluster Pengangkutan

11. Kursus Kluster Percetakan

12. Kluster Senibina

Untuk makluman lanjut tentang kursus yang ditawarkan di GIATMARA, calon boleh merujuk disini.

Semakan Keputusan GIATMARA Januari 2024

Semakan kemasukan ke GIATMARA sesi Januari 2024 boleh disemak secara online menerusi laman web http://gspel.giatmara.edu.my/registration/semakstatus

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan GIATMARA boleh juga diajukan kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA
Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

No. Tel: 03- 2691 5111 sambungan 3402
No. Fax: 03- 2691 0249
e-mail: pel@giatmara.edu.my

BACA JUGA: Senarai Kursus GIATMARA & Lokasi Ditawarkan

7 Comments

  1. shaasha January 7, 2019
    • Nur Arisya Aziera Binti Mohd Rosli October 27, 2023
  2. Laily ishak March 23, 2019
  3. syazwani May 1, 2019
  4. Shukur hassan March 3, 2020
  5. Rosnah Sabli November 3, 2022

Leave a Reply