Permohonan Kemasukan JMTI 2024 Online Institut Teknikal Jepun Malaysia

Permohonan Kemasukan JMTI 2024 Online Institut Teknikal Jepun Malaysia. Berminat melanjutkan pengajian ke JMTI? Panduan buat lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Institut Teknikal Jepun-Malaysia. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke JMTI ambilan Februari 2024 boleh dibuat secara online mulai 25 Oktober hingga 24 November 2023 di portal JMT. JMTI adalah merupakan salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan ADTEC.

Permohonan Kemasukan JMTI 2024 Online Institut Teknikal Jepun Malaysia

Institut Teknikal Jepun-Malaysia atau Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) adalah sebuah institusi latihan kemahiran yang menawarkan dua peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Permohonan kemasukan ke JMTI boleh dibuat bagi pengambilan sesi Januari dan Julai setiap tahun.

Permohonan Kemasukan JMTI 2024 Online Institut Teknikal Jepun Malaysia

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan ILJTM termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Kemasukan ILJTM Sesi Februari 2024

  • Sistem Permohonan Online Dibuka: 25 Oktober 2023
  • Sistem Permohonan Online Ditutup: 24 November 2023
  • Semakan Panggilan Temuduga: –
  • Urusan Temuduga: –
  • Hebahan Keputusan Permohonan : –
  • Cetak Surat Tawaran : –
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : –

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan ILP 2024 Online Institut Latihan Perindustrian

Syarat Kemasukan JMTI 2024

Antara syarat-syarat kemasukan am dan akademik ke JMTI :

A. Syarat Am kemasukan JMTI

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

B. Syarat Program Kemasukan JMTI

A. PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK) 

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DLTK)

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer

Cara Mohon Kemasukan JMTI 2024 Online

Permohonan kemasukan ke JMTI boleh dibuat secara online di laman web UPU bagi sesi Julai 2024.

Manakala kemasukan JMTI sesi Januari 2024 pula boleh dibuat terus ke laman web https://apps.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke JMTI boleh terus hubungi di ;

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

BACA JUGA :

Leave a Reply