Permohonan Kolej Vokasional 2024/2025 Online (KV)

Permohonan Kolej Vokasional 2024/2025 Online (KV). Berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional? Panduan buat pelajar tingkatan 3 yang ingin membuat permohonan Kolej Vokasional. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) ambilan 2024/2025 dibuka daripada 1 Ogos hingga 17 September 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web https://spskt4.moe.gov.my.

Permohonan Kolej Vokasional 2024/2025 Online (KV)

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Permohonan Kolej Vokasional 2024/2025 Online (KV)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Kolej Vokasional termasuk memaparkan tarikh, syarat  kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan tawaran :

Tarikh permohonan: 1 Ogos – 17 September 2023

Sekolah Vokasional atau kini dikenali sebagai Kolej Vokasional adalah institusi pengajian yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik. Terdapat beberapa Kolej Vokasional yang disediakan di seluruh Malaysia antaranya di Setapak, Langkawi, Gombak, Johor Bahru dan lain-lain lagi.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2024

Antara syarat-syarat umum dan khusus kemasukan ke Kolej Vokasional tahun 2024 :

SYARAT UMUM

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
  • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan.
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA.
  • Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer

SYARAT TAMBAHAN

Program IBM P-TECH@Kolej Vokasional – calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Cara Permohonan KV 2024 Online

Permohonan kemasukan ke KV boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://spskt4.moe.gov.my/

Permohonan Kolej Vokasional 2024/2025 Online (KV)

Semakan Kemasukan Kolej Vokasional 2024/2025 Online

Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional ambilan 2024 akan diumumkan pada bulan Februari 2024 di pautan https://spskt4.moe.gov.my.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi KPM di talian 03-8000 8000 atau layari ke laman web https://www.moe.gov.my/

BACA JUGA :

3 Comments

  1. Sophia October 29, 2018
  2. surennaidu November 25, 2019
  3. Rasy July 3, 2020

Leave a Reply