Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa. Panduan buat pelajar yang ada membuat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Anda pernah tahu pinjaman pelajaran daripada PTPTN boleh ditukarkan kepada biasiswa? Untuk makluman, bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baru bergraduasi, anda boleh membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Permohonan ini hanya terbuka kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda yang lulus dengan kelas pertama.

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa termasuk memaparkan syarat pengecualian bayaran balik, dokumen penting dan cara memohon :

Syarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN :

1. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.

2. Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.

3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.

4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan dari agensi lain.

5. Kursus atau program pengajian yang diikuti oleh peminjam telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

6. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan:

1. Pelajar perlu melengkapkan borang Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi. Anda boleh muat turun borang permohonan di AKUAN PEMINJAM.

2. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan.

3. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

4. Bagi peminjam IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

5. Surat pengesahan Kelas Pertama sahaja.

Nota:

i. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

ii. Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan.

iii. Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

iv. PTPTN akan memaklumkan status dan keputusan permohonan kepada pelajar melalui surat atau peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

1. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan (PPN/ PPC) yang berhampiran.

2. SenaraiĀ Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan boleh dirujuk melalui laman web PTPTN diĀ www.ptptn.gov.my.

BACA JUGA : Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN

Leave a Reply