Permohonan Politeknik 2024 Online Jun & Disember (ambilan.mypolycc.edu.my)

Permohonan Politeknik 2024 Online Jun & Disember (http://ambilan.mypolycc.edu.my). Berminat melanjutkan pengajian di Politeknik Malaysia? Panduan buat pelajar lepasan SPM 2023 yang ingin memasuki Politeknik sebagai destinasi pengajian mereka. Untuk makluman, permohonan kemasukan Politeknik bagi program Diploma sepenuh masa untuk sesi 1 2023/2024 dibuka pada 7 Februari hingga 28 Mac 2023. Manakala pengambilan Politeknik sesi Disember 2023, permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Permohonan Politeknik 2024 Online Kemasukan Jun & Disember

Permohonan Politeknik 2024 Online Kemasukan Jun & Disember

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Politeknik sesi Jun dan Disember bagi program Pra-Diploma / Diploma termasuk memaparkan tarikh penting, aplikasi online dan cara hubungi :

Politeknik adalah merupakan salah satu institusi pengajian tinggi selepas universiti. Objektif penubuhan Politeknik adalah untuk menjadi institusi peneraju TVET dalam bidang teknikal pada peringkat Diploma dan ke atas. Sehingga kini terdapat 36 politeknik yang dibahagikan kepada Politeknik Premier, Konvensional dan MeTRO.

Tarikh Permohonan Kemasukan ke Politeknik 2023

SESI 1 2023/2024

  • Permohonan dibuka : 7 Februari – 28 Mac 2023 (Fasa 1), 15 Mei – 13 Jun 2023 (Fasa 2)
  • Semakan panggilan temuduga : 8 Mei 2023
  • Sesi temuduga : 11 Mei – 16 Jun 2023
  • Semakan keputusan permohonan : 7 Julai 2023
  • Cetakan surat tawaran : 10 Julai 2023
  • Permohonan rayuan : 7 Julai – 16 Julai 2023
  • Semakan keputusan rayuan : 7 Ogos 2023
  • Pendaftaran pelajar : bermula 21 Ogos 2023

Semakan Syarat Kemasukan Ke Politeknik Online

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Politeknik Premier/ Konvensional & METrO di peringkat pengajian Diploma sila semak syarat kelayakan menerusi laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Cara Mohon Politeknik Sesi 2023 Online

Untuk permohonan kemasukan ke Politeknik dibuka sebanyak dua kali bagi sesi Jun 2023 (UPUOnline) dan sesi Disember 2023 menerusi laman web Politeknik.

Bagi pengambilan sesi Jun 2023, calon boleh membuat permohonan kemasukan ke Politeknik menerusi laman web https://upu.mohe.gov.my/. Manakala sesi Disember 2023 boleh terus dibuat menerusi portal http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

Senarai Bidang Ditawarkan di Politeknik 2023

Antara bidang atau program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Malaysia adalah seperti berikut :

  • Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Elektrikal / Perkapalan/ Petrokimia/ Penyelenggaraan Pesawat
  • Perdagangan
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan
Politeknik boleh hubungi ;

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Hotline 1 : 03-8870 8200
No. Faks : 03-8870 6864

Atau :

Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/
9258/ 9259/ 9263/ 9340
No. Faks : 03-8891 9323

BACA JUGA :

2 Comments

  1. C September 16, 2021
  2. C September 16, 2021

Leave a Reply