Permohonan Universiti Teknologi MARA 2024 Online (Diploma/Degree/Master)

Permohonan Universiti Teknologi MARA 2024 Online (Diploma/Degree/Master). Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) ambilan 2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UiTM boleh dibuat menerusi permohonan UPU atau terus ke laman UiTM bagi lepasan Diploma, STPM & Setaraf. Bagi calon yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan UiTM, anda boleh membuat permohonan UPU secara atas talian (online) di UPUOnline atau https://online.uitm.edu.my.

Permohonan Universiti Teknologi MARA 2024 Online Lepasan SPM & STPM

Permohonan Universiti Teknologi MARA 2024 Online (Diploma/Degree/Master)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke UiTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan:

Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UiTM merupakan sebuah universiti awam yang berpusat di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kini, UiTM menawarkan lebih kurang 515 program pengajian dari peringkat asas hingga pascasarjana. 

Syarat Kemasukan UiTM 2024

Bagi anda yang hendak melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA sudah pastinya perlu menyemak dahulu syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan UiTM sesi akademik 2024.

Aplikasi Semakan : http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat

Cara Permohonan UiTM 2024 Online

1. Sebelum permohonan UPU secara online, sila membuat pembelian nombor PIN UNIK UPU dengan harga RM15.60 seunit di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

2. Setelah memiliki nombor pin UPU, permohonan UPU boleh dibuat secara online di portal rasmi http://upu.mohe.gov.my/web/.

3. Anda perlu mengisi borang maklumat yang diperlukan dengan selengkapnya dan membuat pemilihan bidang pengajian mengikut kelayakan masing-masing termasuk tempat pengajian.

4. Setelah selesai mengisi borang dengan lengkap, semak semula dan hantar permohonan tersebut.

Nota : Sila cetak borang permohonan UPU sebagai bahan bukti.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan UiTM sila hubungi ;

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

No. Tel : +603-5544 2000
No. Faks : +603-5544 3999

BACA JUGA: Permohonan UPUOnline Kemasukan UA Politeknik

Leave a Reply