Permohonan UPUOnline ke IPTA Sesi 2018/2019 | Permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/Setaraf untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2018/2019 akan dibuka mulai 5 Februari 2018 hingga tarikh tutup permohonan pada 10 April 2018. Bilakah tarikh beli no pin UPU 2018?
Bagi calon yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA di Malaysia, anda boleh membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 dengan membeli nombor pin unik UPU dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sebelum itu, calon disarankan menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang diminati dan syarat kelayakan untuk permohonan UPU 2018.
Permohonan UPUOnline ke IPTA Sesi 2018/2019
Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan tentang permohonan UPU sesi akademik 2018/2019 termasuk kategori kelayakan, tarikh beli UPU, cara memohon dan cara hubungi :
Kategori Permohonan UPU 2018/2019
● Kategori SPM/ Setaraf
– Lepasan SPM 2017
– Lepasan SPM 2016
– Lepasan SPM 2015
(Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)
● Kategori STPM/ Setaraf
– Lepasan STPM 2017
– Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2017/2018
– Lepasan STAM 2016 & 2017
– Lepasan Diploma / Setaraf
(Ijazah Sarjana Muda di UA)
Sila Klik 👉 Kategori Permohanan (UA) Lepasan STPM / Setaraf
Tarikh Beli No Pin UPU 2018/2019
● Tarikh dibuka : Mulai 5 Februari 2018
● Harga No Pin UPU : RM15.64 (termasuk caj GST)
● Cara pembelian : Kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN) & mesin ATM BSN
Artikel Berkaitan : Panduan Beli No PIN UPU 2018/2019 di BSN
Cara Permohonan UPU Online Sesi 2018/2019
Berikut adalah cara permohonan UPU kemasukan ke UA/ IPTA sesi akademik 2018/2019 :
● Permohonan dibuka : Mulai 5 Februari 2018
● Permohonan ditutup : Sehingga 10 April 2018
● Aplikasi permohonan online : http://upu.mohe.gov.my/web/
Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut tentang UPUOnline sesi akademik 2018/19, anda boleh hubungi no. Hotline UPU 03-88708820 atau layari ke laman web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/ atau laman FB UPU.
BACA JUGA : Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/2019
Untuk dapatkan pelbagai info dan maklumat terkini UPUOnline 2018 boleh join group telegram di https://t.me/upuonline2018.
Semoga perkongsian ini tentang Permohonan UPUOnline ke IPTA Sesi 2018/2019 dapat membantu pelajar memohon UPU dengan mudah. Selamat maju jaya dengan membuat permohonan UPU sesi akademik 2018/2019.