Permohonan UPUOnline 2024/2025 Universiti Awam (Asasi/Diploma/Degree)

Permohonan UPUOnline 2024/2025 Universiti Awam (Asasi/Diploma/Degree). Berminat membuat permohonan UPU untuk kemasukan Universiti Awam/ ILKA? Bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2024/2025 boleh dibuat pada 29 Februari 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web upu.mohe.gov.my sehingga 9 Jun 2024 bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf.

Permohonan UPUOnline 2024/2025 Universiti Awam (Asasi/Diploma/Degree)

Untuk makluman menerusi FB Kemasukan BPKP JPT mengumumkan pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. Sebelum permohonan UPU, pemohon hendaklah membuat semakan syarat kemasukan ke Universiti Awam secara online menerusi aplikasi ePanduan.

Permohonan UPUOnline 2024/2025 Universiti Awam (Asasi/Diploma/Degree)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPU sesi akademik kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Penting Permohonan UPU 2024-25

  • Permohonan UPU dibuka/ ditutup : 29 Februari – 29 Mac 2024 (Fasa 1), 29 April – 9 Jun 2024 (Fasa 2)
  • Proses temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : Mei – Jun 2024
  • Proses temuduga/ ujian bagi lepasan STPM/ Setaraf : Mei – Ogos 2024
  • Fasa pengemaskinian lepasan SPM : Minggu pertama Jun 2024
  • Fasa pengemaskinian lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-4 Julai 2024
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2024
  • Permohonan rayuan bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2024
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2024
  • Permohonan rayuan bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2024

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Beli Nombor Pin UPU

Semakan Syarat Kemasukan UA Menerusi e-Panduan

Sebelum permohonan, calon disarankan rujuk syarat kelayakan mengikut bidang pengajian masing-masing di aplikasi e-panduan.

Cara Permohonan UPU 2024 Kemasukan UA/ILKA

1. Untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam perlu dibuat secara online di laman web rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/

2. Lengkap maklumat yang diperlukan dalam sistem permohonan.

3. Selepas permohonan dihantar, hendaklah cetak slip permohonan UPU dan menyimpan sebagai bukti.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pengambilan, sila hubungi di talian :

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-8684 2363
Emel: upu@mohe.gov.my

BACA JUGA :

One Response

  1. Fazly azman March 5, 2023

Leave a Reply