Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online (PTPTN Discount 2024)

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online (PTPTN Discount 2024). Nak semak baki pinjaman PTPTN? Panduan buat pelajar yang telah membuat pinjaman PTPTN. Untuk makluman, kini anda tidak bersusah payah lagi untuk menyemak baki pinjaman kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah menyediakan satu sistem online untuk menyemak baki pinjaman PTPTN. Dengan adanya sistem ini, memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran hutang dengan cepat.

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online (PTPTN Discount 2023)

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu skim pinjaman yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ Politeknik dan IPTS. Secara tak langsung, pinjaman PTPTN dapat memudahkan pelajar untuk membiayai yuran pengajian serta kos sara hidup di institusi berkenaan. Bagi pelajar yang gagal membayar semula pinjaman PTPTN, nama mereka akan disenaraihitam oleh imigresen termasuk Central Credit Reference Information System (CCRIS).

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online (PTPTN Discount 2024)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan baki pinjaman PTPTN termasuk memaparkan cara semak dan senarai perkhidmatan PTPTN :

Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Bagi Anak Sarawak

Khas buat rakyat Sarawak yang membuat pinjaman pelajaran PTPTN dimana insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN.

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN

A. Semakan Online

1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my/e-perkhidmatan-bayaran-balik/.

2. Klik menu ‘Penyata Pinjaman‘.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan anda untuk semakan.

4. Kemudian, klik pada butang ‘Semak’.

Pelajar juga boleh membuat semakan Jadual Tentatif Bayaran PTPTN di JADUAL PEMBAYARAN PTPTN

B. Semakan SMS

Selain semakan secara atas talian, anda juga boleh menyemak baki pinjaman PTPTN menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :

Taipkan : PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>NO. PIN dan SMS ke 15888

Cara Bayar Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN iaitu :

A. Kaunter

  • Cawangan PTPTN di seluruh negara
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional

B. Potongan Gaji

Potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan

C. Perbankan Online

  • Maybank
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Rakyat
  • Ambank
  • Agrobank
  • Affin Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Senarai Perkhidmatan PTPTN

Selain semakan baki PTPTN, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang disediakan iaitu :

Untuk sebarang pertanyaan tentang PTPTN, sila hubungi talian Hotline PTPTN di 03 2193 3000.

Pastikan anda sebagai peminjam jangan lupa lunaskan pembayaran semula PTPTN yang merupakan kewajipan bagi setiap individu yang layak.

BACA JUGA: Permohanan Pinjaman Pelajaran MARA Online

One Response

  1. chloe July 18, 2018

Leave a Reply