Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online. Nak semak penyata akaun SSPN-i Plus? Panduan buat anda yang telah membuat akaun SSPN-i Plus. Untuk makluman, kini anda boleh menyemak baki penyata akaun SSPN-i Plus secara online menerusi laman rasmi PTPTN. Dengan adanya sistem online, anda tak perlu lagi menyemak penyata di cawangan PTPTN. SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang SSPN-i Plus termasuk memaparkan keistimewaan dan cara semakan :

Apa Itu SSPN-i Plus

SSPN-i Plus merupakan satu skim simpanan yang dibangunkan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Ianya menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan bergantung kepada pakej terpilih.

Keistimewaan SSPN-i Plus

Antara keistimewaan atau kelebihan SSPN-i Plus adalah seperti berikut :

a. Patuh syariah

b. Komitmen serendah RM30 sebulan

c. Pelepasan tafsiran cukai sehingga RM12,000.00

d. Manfaat pelindungan sehingga RM1 juta

e. Layak memohon pinjaman PTPTN

f. Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak

g. Tiada pemeriksaan kesihatan

h. Elaun kemasukan hospital

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Cara Semak Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Langkah Pertama : Layari ke laman web rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/penyatasp.

Langkah Kedua : Pilih icon berwarna kuning ‘Semakan Penyata SSPN-i/ SSPN-i Plus’.

Langkah Ketiga : Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit.

Langkah Keempat : Pilih penyata sama ada Penyata Akaun SSPN-i atau Penyata Akaun SSPN-i Plus.

Langkah Kelima : Sila daftar terlebih dahulu bagi pengguna baru sebelum boleh login masuk akaun. Kemudian dah daftar, login akaun anda.

Langkah Keenam : Pilih ‘Penyata‘ atau ‘Penyata Hasil‘. Selesai boleh lihat penyata bulanan akaun SSPN-i Plus.

BACA JUGA :

Leave a Reply