Semakan Syarat Kelayakan UPU IMASCU Online | Anda ingin membuat permohonan UPU kemasukan ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti & ILKA sesi akademik 2018/2019? Bagaimana cara semakan syarat kelayakan UPU iMASCU online? Berita baik buat anda khususnya lepasan SPM/ STPM yang ingin menyemak syarat kelayakan kemasukan UPU di Universiti Awam melalui online di portal iMASCU.
Untuk pengetahuan, sistem semak syarat iMASCU adalah satu aplikasi online yang membolehkan pelajar membuat semakan syarat kelayakan UPU bagi semua bidang mengikut kelayakan anda. Ianya termasuk dalam semua bidang atau program pengajian di universiti yang merangkumi Diploma, Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.
Semakan Syarat Kelayakan UPU IMASCU Online
Berikut dikongsikan adalah cara semakan syarat kelayakan UPU melalui sistem semak syarat iMASCU online :
1. Layari ke laman web iMASCU : Sistem Semak Syarat
2. Isikan maklumat yang diperlukan dalam sistem semakan tersebut. Berikut adalah maklumat pelajar yang perlu diisikan dalam sistem iMASCU ;
● NO MYKAD
● NAMA
● NO TEL
● KATEGORI (SPM atau STPM)
3. Isikan maklumat matapelajaran dan keputusan peperiksaan.
4. Klik butang ‘SEMAK‘.
5. Dipaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang layak ditawarkan di Universiti Awam.
6. Klik cetak.
Nota Penting Isi Maklumat iMASCU :
● Bagi pelajar lepasan SPM dikehendaki untuk mengisi maklumat matapelajaran yang diambil besertakan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM anda.
● Bagi pelajar lepasan STPM seperti juga lepasan SPM untuk mengisi senarai matapelajaran dan gred. Tambahan maklumat yang perlu diisi adalah keputusan SPM dan MUET.
● Senarai UA/ institusi yang lain layak untuk dipohon akan dipaparkan dalam sistem itu.
Semakan Syarat Kelayakan UiTM & Politeknik
Untuk membuat semakan syarat kelayakan di UiTM dan Politeknik, boleh menggunakan sistem ini seperti :
1. Aplikasi semak syarat kemasukan UiTM 👉 Sistem Selangkah .
2. Aplikasi semak syarat kemasukan Politeknik 👉 e-semak Politeknik
BACA JUGA :
○ Kalendar dan Tarikh Permohonan UPU 2018/2019
○ Borang UPU Online Sesi 2018/2019
Untuk dapatkan pelbagai info dan maklumat terkini UPUOnline 2018/2019 boleh join group telegram melalui link di https://t.me/upuonline2018.
Semoga perkongsian tentang semakan syarat kelayakan UPU iMASCU ini dapat membantu pemohon membuat semak syarat kelayakan kemasukan UA/ IPTA dengan mudah. Selamat membuat semakan syarat kelayakan iMASCU dan moga dapat penempatan di universiti tempatan.
Intan shafika binti mohd salleh
Sangat membantu…alhamdulillah
ina
skrg dah x boleh nk check kenape yek?