Senarai Kolej Tingkatan 6 di Malaysia Terkini

Senarai Kolej Tingkatan 6 di Malaysia Terkini. Berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023. Kemasukan Tingkatan Enam adalah salah satu langkah terbaik buat anda yang ingin menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan laluan ‘fast track’. Selain pengambilan Tingkatan 6, kemasukan ke Program Matrikulasi adalah antara pilihan terbaik termasuk juga permohonan UPUOnline untuk kemasukan Universiti Awam.

Senarai Kolej Tingkatan 6 di Malaysia Terkini

Untuk makluman, kini anda tidak perlu memohon kemasukan ke tingkatan 6 kerana anda akan ditawarkan secara automatik bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan. Sekiranya anda gagal ditawarkan kemasukan tingkatan 6, barulah pelajar boleh memohon rayuan  mengikut tempoh yang diberikan.

Senarai Kolej Tingkatan 6 di Malaysia Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai pusat Kolej atau Sekolah Tingkatan 6 mengikut seluruh negeri di Malaysia :

Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan bagi pelajar lepasan peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, sekiranya menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal (semester). Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di Sekolah menengah harian iaitu aliran Sains dan aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama).

Syarat Kemasukan ke Tingkatan Enam

Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Senarai Sekolah/ Kolej Form 6

○ Negeri Perlis & Wilayah Persekutuan Putrajaya

○ Negeri Kelantan

○ Negeri Melaka

○ Negeri Johor

○ Negeri Sembilan

○ Negeri Pahang

○ Negeri Pulau Pinang

○ Negeri Perak

○ Negeri Kedah 

○ Negeri Selangor

○ Negeri Terengganu 

○ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & WP Labuan

○ Negeri Sabah

○ Negeri Sarawak 

* Untuk semakan kolej Tingkatan 6, klik link pautan pada setiap negeri. Selain itu, calon juga boleh semak senarai sekolah/ kolej form 6 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/form6/sekpusat.cfm

Kredit sumber : Afterschool

3 Comments

  1. Mohd Najib bin Abdul Hadi March 8, 2019
  2. Aparnaa August 2, 2022

Leave a Reply