Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Panduan buat murid Sekolah Rendah yang ingin memohon bantuan kewangan untuk persekolahan tahun 2019. Berita baik buat murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan yang berkelayakan boleh membuat permohonan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun 2019. Menurut surat pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka dalam proses menyediakan data bagi permohonan bantuan KWAMP secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun 2019 termasuk memaparkan jenis/kadar bantuan, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

JENIS DATA/ STATUS KEMISKINAN

i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)

ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)

iii. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

BANTUAN AM PERSEKOLAHAN 

Sekolah Rendah = RM100 setahun

Sekolah Menengah = RM150 setahun

Nota:
* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.

Syarat Kelayakan Bantuan KWAPM

1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).

2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Kredit : KPM

4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Borang Permohonan Bantuan KWAPM 2019 Online

Bagi pelajar yang hendak mendapatkan maklumat lanjut tentang cara permohonan KWAPM dan carta aliran proses boleh merujuk pautan di bawah ;

i. Carta Aliran Proses Permohonan Bantuan KWAPM – Muat Turun

ii. Borang permohonan bantuan KWAPM (permohonan sekolah) – Muat Turun

Selamat membuat permohonan bantuan KWAPM 2019 dan moga anda mendapat bantuan kewangan tersebut untuk persekolahan tahun 2019.

Sumber : KPM

Leave a Reply

%d bloggers like this: