Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2023 (Form 6). Panduan buat pemohon kemasukan Tingkatan Enam tahun 2023. Untuk makluman keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2023 telah diumumkan pada 5 Julai 2021. Bagi pelajar yang gagal akan diberikan permohonan kedua dimana anda perlu membuat permohonan rayuan Tingkatan 6 tahun 2021 selepas keputusan tawaran diumumkan. Calon boleh membuat rayuan secara online di pautan
https://sst6.moe.gov.my dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam tahun 2021 bagi calon sekolah kerajaan berdasarkan pencapaian kokurikulum (T6BKK) pada 5 Julai hingga 15 Julai 2021.

Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2023 (Form 6)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang rayuan tawaran Tingkatan 6 termasuk memaparkan tarikh dan cara isi borang rayuan :
○ Semakan Keputusan Tingkatan 6 Online
Cara Mengisi Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2023
Terdapat tiga kategori borang rayuan tingkatan 6 yang perlu diisi dengan lengkap dan muat turun borang seperti di bawah ;
A. Borang T6BKK
1. Borang T6BKK ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2021 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).
2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Keputusan peperiksaan SPM 2020;
- Sijil kelahiran;
- Kad pengenalan/pasport;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2020 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
- Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am;
- Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
B. Borang T6BRU
1. Borang T6BRU ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2021 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Keputusan peperiksaan SPM 2020;
- Sijil kelahiran;
- Kad pengenalan/ pasport;
- Sijil Berhenti Sekolah; dan
- Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali sekolah menengah harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2020 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
- Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana- mana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am;
- Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.
6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
C. Borang T6BCP
1. Borang T6BCP ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2021 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.
2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Keputusan peperiksaan SPM 2020;
- Sijil kelahiran;
- Kad pengenalan/ pasport;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Sijil-sijil persekolahan menengah.
3. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.
5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2020 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
- Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.
6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik.
7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon.
Nota : Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.moe.gov.my atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.
Tahniah kepada anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Tingkatan 6 ambilan baharu.
ingin meminta rayuan ke tingkatan enam
borang rayuan tersebut perlu ditaip atau tulisan tangan?