Panduan Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Panduan Buka Akaun SSPN-i Plus Online. Nak buat pendaftaran akaun SSPN? Panduan buat pendeposit yang ingin membuka akaun SSPN-i Plus. Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun SSPN-i secara online di laman rasmi SSPN. Dengan adanya sistem online, anda tak perlu hadir ke cawangan bank atau kaunter PTPTN untuk urusan proses pendaftaran.

Panduan Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Panduan Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran akaun SSPN-i Plus termasuk memaparkan syarat kelayakan, manfaat dan cara permohonan serta pembayaran :

Apakah itu SSPN-i?

SSPN-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai akaun SSPN adalah satu skim simpanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

Manfaat dan Keistimewaan SSPN-i

Antara manfaat dan keistimewaan SSPN-i Plus adalah seperti berikut :

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai  pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.

Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i

1. Pendeposit atau penerima kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia.

2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk dirinya sendiri.

3. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama.

5. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus Online

Langkah Pertama : Pembukaan Akaun

Buka laman web https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline untuk pembukaan akaun SSPN.

Langkah Kedua : Lengkapkan Maklumat Akaun

​SSPN mengguna pakai konsep pendeposit dan penerima manfaat. Isikan butir peribadi Ibu/bapa sebagai pendeposit dan maklumat peribadi anak sebagai penerima manfaat.

Langkah Ketiga : Pilih Pakej

Terdapat banyak jenis pakej yang ditawarkan.

Langkah Keempat : Lengkapkan Maklumat Peribadi

Langkah ketiga adalah Maklumat Peribadi. Lengkapkan maklumat peribadi seperti yang diminta dalam borang. Kemudian klik pada butang seterusnya.

Langkah Kelima : Masukkan Jumlah Deposit

Masukkan jumlah Deposit 2 bulan mengikut pakej pilihan

Langkah Keenam : Pilih Kaedah Bayaran Bulanan

Anda diwajibkan memilih kaedah bayaran bulanan

Langkah Ketujuh : Klik Seterusnya

Langkah Kelapan : Semak dan Terima Akad

Klik pada kotak di ruangan akad tanda persetujuan.

Langkah Kesembilan : Buat Pembayaran

Seterusnya, pilih bayaran sama ada menggunakan perbankan FPX atau kad debit/ kredit.

Langkah Kesepuluh : Papar Resit

Klik ‘Papar Resit’ dan muat turun resit pembayaran.

Langkah Kesebelas : Papar e-Cover Note

Klik ‘Papar e-Cover Note’ dan muat turun sijil takaful.

Kaedah Bayaran SSPN-i Plus

A. Potongan gaji

  • Isi maklumat bayaran masa pendaftaran untuk amaun bayaran deposit 2 bulan.
  • Untuk amaun bayaran deposit melebihi 6 bulan, permohonan boleh buat secara online selepas pendaftaran ataupun ke kaunter PTPTN terdekat.

B. Auto Debit

  • Untuk amaun bayaran deposit 2 bulan, isi nombor bank akaun masa pendaftaran. Terhad kepada Maybank, Bank Islam, RHB dan Bank Simpanan Nasional.

C. Direct Debit

  • Pemohon Direct Debit secara online pada sistem semakan penyata selepas pendaftaran.

D. Perbankan Internet

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah,
Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9:00 Pagi – 5:00 Petang)

BACA JUGA : Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Sumber : SSPN

Leave a Reply

%d bloggers like this: