Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB 2023 Online

Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB 2023 Online. Nak semak baki dan penyata ASB anda? Panduan buat pelabur yang ingin membuat pendaftaran Amanah Saham Bumiputera (ASB). Untuk makluman, kini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak menggunakan lagi buku akaun untuk penambahan pelaburan, kemaskini atau pengeluaran wang. Sekarang, pengguna boleh membuka akaun ASB secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi myASNB https://www.myasnb.com.my.

Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB 2023 Online

MyASNB adalah sebuah sistem aplikasi mudah alih yang dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah platform dalam talian yang mudah dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB 2023 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran myASNB termasuk memaparkan cara daftar, log masuk dan semakan baki :

Syarat Kelayakan Melabur Dalam ASB

  1. Bumiputera Sahaja
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai myKad yang sah (akaun dewasa)
  3. Seawal usia kelahiran dan mempunyai sijil kelahiran/myKad yang sah (akaun remaja/bijak)

Cara Daftar myASNB Online

Langkah 1: Daftar Akaun

  1. Untuk pendaftaran sila layari ke laman web www.myasnb.com.my
  2. Klik pada butang ‘Daftar di sini’.
  3. Baca Terma & Syarat, tandakan kotak dan klik ‘Setuju’.

Langkah 2: Maklumat Pemegang Unit

  1. Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor kad pengenalan anda.
  2. Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik ‘Seterusnya’.

Langkah 3: Pengesahan Telefon Bimbit

  1. Jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, klik ‘Permintaan TAC’. SMS yang mengandungi nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda.
  2. Masukkan kod TAC yang diterima dan klik ‘Seterusnya’.

Langkah 4: Pendaftaran Akaun

  1. Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Tamat’.

NOTA: Sila simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama.

Cara Log Masuk myASNB Online

Langkah 1: Layari www.myasnb.com.my dan klik ‘Log Masuk’.

Langkah 2: Masukkan ID pengguna dan klik ‘Teruskan’.

Langkah 3:

  1. Pastikan frasa keselamatan yang tertera adalah sama dengan yang anda cipta sebelum memasukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa anda mendaftar.
  2. Klik ‘Teruskan’.

Langkah 4:

  1. Kemaskini dan tukar kata laluan anda untuk tujuan keselamatan.
  2. Klik ‘Tukar Kata Laluan’ Setelah penukaran kata laluan, sila log masuk menggunakan kata laluan baru.

Senarai Perkhidmatan Online MyASNB

MyASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya termasuklah:

  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB
  • Mengemaskini maklumat peribadi
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur
  • Jual balik pegangan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat untuk ASNB di talian 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my.

BACA JUGA : Kadar Dividen ASB ASN 2022

Leave a Reply