Cara Kira CGPA Politeknik 2024 (Gred Markah)

Cara Kira CGPA Politeknik 2024 (Gred Markah). Gred markah Politeknik tahun 2024? Panduan buat pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik Malaysia. Setiap peperiksaan sama ada peringkat sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi akan diberikan gred permarkahan yang menentukan tahap percapaian pelajar masing-masing. Kedudukan akademik siswazah ditentukan berdasarkan Purata Mata Nilai Gred dan Purata Himpunan Mata Nilai yang dikira berdasarkan pencapaian dalam semua kursus yang berdaftar bagi satu-satu semester.

Cara Kira CGPA Politeknik 2024 (Gred Markah)

Cara Kira CGPA Politeknik 2024 (Gred Markah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang CGPA Politeknik termasuk memaparkan gred markah dan cara kira pointer Politeknik :

Perbezaan GPA Dan CGPA

GRED POINT AVERAGE

Gred Point Average (GPA) atau dikenali sebagai Purata Nilaian Gred merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.

Formula pengiraan:
PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/
Jumlah Kredit

CUMULATIVE GRED POINT AVERAGE

Cumulative Gred Point Average (CGPA) atau dikenali sebagai Purata Nilaian Gred Keseluruhan adalah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir.

Gred Markah GPA & CGPA Politeknik

Sistem penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu kursus yang dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM).

MarkahNilai MataGredStatus
90-1004.00A+Sangat Cemerlang
80-894.00ACemerlang
75-793.67A-Kepujian
70-743.33B+Kepujian
65-693.00BKepujian
60-642.67B-Lulus
55-592.33C+Lulus
50-542.00CLulus
47-491.67C-Lulus
44-461.33D+Lulus
40-431.00DLulus
30-390.67EGagal
20-290.33E-Gagal
0-190.00FGagal

Cara Pengiraan GPA/ Purata Mata Politeknik

Nama KursusJam Kredit MataNilai MataMata Kredit
Subjek 12A4.008.00
Subjek 22A+4.008.00
Subjek 32B3.006.00
Subjek 43B3.009.00
Subjek 53C+2.336.99
Subjek 64C2.008.00

Pengiraan GPA bagi Semester 1:

  • GPA = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/ Jumlah Kredit
  • GPA = (8.00+8.00+6.00+9.00+6.99+8.00) / (2+2+2+3+3+4)
  • GPA (Semester 1) : 2.87

Contoh Pengiraan CGPA Politeknik

Setelah anda faham cara kiraan GPA, maka lebih mudah anda memahami cara mengira CGPA.

Untuk dapatkan makluman terkini tentang Politeknik sila ke laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

BACA JUGA: Senarai Politeknik Di Malaysia

Leave a Reply