Cara Kira Pointer Matrikulasi 2024 (Gred Markah). Nak tahu gred markah Matrikulasi terkini? Perhatian buat calon sedang mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Malaysia. Untuk makluman, pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.
Cara Kira Pointer Matrikulasi 2024 (Gred Markah)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengiraan pointer Matrikulasi termasuk memaparkan gred pemarkahan :
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
PSPM melibatkan semua kursus pengkhususan yang diadakan pada penghujung setiap semester. Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan skrip jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Peratus wajaran PSPM yang diambil kira bagi menentukan gred setiap kursus adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.
Pada akhir setiap semester, PNGS dan PNGK pelajar dikira berasaskan gred yang diperoleh dan unit kredit yang diperuntukkan bagi semua kursus pengkhususan yang diambil.
Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)
Keputusan akhir semua kursus pengkhususan dinyatakan dalam bentuk gred seperti dalam jadual ini. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala gred C– sehingga F adalah gagal.
GRED | MATA NILAIAN | TARAF |
A | 4.00 | Cemerlang |
A- | 3.67 | Cemerlang |
B+ | 3.33 | Cemerlang |
B | 3.00 | Kepujian |
B- | 2.67 | Kepujian |
C+ | 2.33 | Lulus |
C | 2.00 | Lulus |
C- | 1.67 | Gagal |
D+ | 1.33 | Gagal |
D | 1.00 | Gagal |
F | 0.00 | Gagal |
Gred keputusan kursus wajib (English, Pendidikan Islam/ Moral, Pengajian Am/ Matrikulasi dan Kokurikulum) dinyatakan seperti dalam jadual ini.
GRED | TARAF |
A | Cemerlang |
B | Kepujian |
C | Baik |
D | Memuaskan |
F | Gagal |
Cara Pengiraan Pointer Matrikulasi Tahun 2024
PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua kursus pengkhususan. Gred yang diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:
- Mata = Kredit kursus x mata nilaian
- PNGS = Jumlah mata/ Jumlah kredit bagi semester berkenaan
- PNGK = Jumlah mata keseluruhan/ Jumlah kredit keseluruhan
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan kepada mohon.matrik@moe.gov.my.
BACA JUGA:
Sumber: MOE