Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM)

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM). Panduan lepasan SPM dan STPM/ Setaraf yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam. Apakah syarat kelayakan kemasukan ke Universiti Awam? Untuk pengetahuan, kemasukan pelajar ke UA/IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/Setaraf berpandukan prinsip meritokrasi dengan menggunakan pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Untuk memudahkan pelajar disini dikongsikan cara pengiraan merit UPU bagi kemasukan ke Universiti Awam.

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM)

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan pengiraan merit UPU ke IPTA/ UA bagi lepasan SPM dan STPM :

Dasar dan Kriteria Pemilihan

Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Berikut adalah kriteria pemilihan kemasukan bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf :

1. Pencapaian akademi dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf.

2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.

3. Kombinasi matapelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon.

4. Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan.

5. Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Band 1.

6. Lulus temuduga/ujian bagi program bertemuduga.

7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.

8. Melepasi tahap minimum Ujian MEDSI dan lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Proses Penentuan Aliran

Penentuan aliran bagi kemasukan ke Universiti Awam dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu Aliran Sains dan Aliran Sastera. Kaedah penentuan aliran dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :

ALIRAN SAINS

i. Matematik

ii. Matematik Tambahan

iii. Fizik

iv. Kimia

v. Biologi atau mata pelajaran berikut : Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

ALIRAN SASTERA

i. Bahasa Malaysia

ii. Matematik

iii. Sains

iv. Sejarah

v. Pengajian Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM)
Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM)

Cara Pengiraan Merit Bagi Aliran Sains

Berikut adalah contoh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam aliran Sains yang mengambil 9 matapelajaran :

1. BAHASA MALAYSIA B+ ( 12 MARKAH)

2 BAHASA INGGERIS B+ ( 12 MARKAH)

3. PENDIDIKAN ISLAM B+ ( 12 MARKAH)

4. SEJARAH C+ (8 MARKAH)

5. MATEMATIK A (16 MARKAH)

6. MATEMATIK TAMBAHAN A (16 MARKAH)

7. FIZIK A (16 MARKAH)

8. KIMIA A (16 MARKAH)

9. BIOLOGI A (16 MARKAH)

Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sains)

1. Matematik – 16 Markah

2. Matematik Tambahan – 16 Markah

3. Fizik – 16 Markah

4. Kimia – 16 Markah

5. Biologi – 16 Markah

Matematik + Matematik Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi = 80 Markah

Pengiraan markah akademik bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)

1. BAHASA MALAYSIA – 12 Markah

2. BAHASA INGGERIS – 12 Markah

3. Pendidikan Islam – 12 Markah

Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris + Pendidikan Islam = 36 Markah

Kemudian buat perkiraan seperti di bawah ;

Markah 5 MATA PELAJARAN UTAMA = (80 MARKAH x 90) ÷ 90 = 80

Markah 3 MATA PELAJARAN TERBAIK = (36 MARKAH x 30) ÷ 54 = 20

Jumlah Markah Merit = 80 + 20 = 100

Kemudian kena darab 90 dan bahagi 120 macam ni –>> 100 x 90 ÷ 120 = 75

Jika Calon Mendapat :

i. Markah Akademik = 75

ii. Andaikan Markah Kokurikulum dapat = 8

Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum

= 75 + 8

= 83 MERIT

JUMLAH KESULURUHAN PENGIRAAN MERIT UNTUK ALIRAN SAINS ADALAH = 83

Cara Pengiraan Merit Bagi Aliran Sastera

Berikut adalah contoh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam aliran Sains yang mengambil 9 matapelajaran :

1. Bahasa Melayu A+ ( 18 MARKAH)

2. Bahasa Inggeris A+ ( 18MARKAH)

3. Pengetahuan Moral B+ ( 12 MARKAH)

4. Sejarah C+ ( 8 MARKAH)

5. Matematik B ( 10 MARKAH)

6. Sains B ( 10 MARKAH)

7. Perdagangan C+ ( 8 MARKAH)

8. Ekonomi Asas C ( 6 MARKAH)

9. Ekonomi Rumah Tangga A ( 16 MARKAH)

Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera)

Bahasa Melayu + Pengetahuan Moral + Sejarah + Matematik + Sains = 58 MARKAH

Pengiraan Markah Akademik 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM (Aliran Sastera)

Bahasa Inggeris + Perdagangan + Ekonomi Rumah Tangga = 42 MARKAH

Kemudian buat perkiraan seperti di bawah ;

Markah 5 MATA PELAJARAN UTAMA = 58 MARKAH x 90 ÷ 90 = 58

Markah 3 MATA PELAJARAN TERBAIK = 42 MARKAH x 30 ÷ 54 = 23.3

Jumlah Markah Merit = 58 + 23.3 = 81.3

Kemudian kena darab 90 dan bahagi 120 macam ni –>>; 81.3 x 90 ÷ 120 = 60.9

Jika Calon Mendapat :

i. Markah Akademik = 60.9

ii. Andaikan Markah Kokurikulum dapat = 7

Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum

= 60.9 + 7

= 67.9 MERIT

JUMLAH KESULURUHAN PENGIRAAN MERIT UNTUK ALIRAN SASTERA IALAH = 67.9

BACA JUGA :

Leave a Reply