Contoh Soalan KBAT dan Kepentingannya. Apakah itu KBAT? Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Higher Order Thinking Skills – HOTS) atau ringkasnya KBAT adalah suatu soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif dalam memberi jawapan. Dengan kata mudahnya, pelajar perlu berfikir dengan baik untuk menjawab soalan KBAT yang diberikan. Berikut adalah contoh soalan KBAT dan kepentingan KBAT.
Contoh Soalan KBAT dan Kepentingannya
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan-soalan KBAT dan kepentingan KBAT dalam sistem pembelajaran :
1. Ahmad membeli sekotak susu dengan harga RM1.50 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Ahmad sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.
2. Aminah ada RM 2050. Dia membeli komputer riba itu dengan diskaun 18%. Aminah membuat bayaran ansuran dalam tempoh setahun dengan kadar faedah 2% daripada jumlah harga itu. Berapakah bayaran sebulan yang perlu dibayar?
3. Harga sekilogram langsat dan 2 kilogram rambutan ialah RM15.00, manakala harga 3 kilogram langsat dan 4 kilogram rambutan ialah RM37.00. Ahmad membeli 3 kilogram langsat dan 2 kilogram rambutan dan membayar dengan wang RM50.00.
Berapa baki wang yang diterima Ahmad. [Persamaan Linear]
Contoh Soalan KBAT Sains
Adik Zainal mengalami demam panas pada waktu malam. Ibunya telah membawa Zainal dan adiknya ke hospital untuk pemeriksaan. Di hospital, jururawat mengambil suhu badan dengan meletakkan termometer di bawah ketiak adiknya untuk seketika.
Berdasarkan situasi di atas mengapakah termometer diletakkan di bawah ketiak?
A. Lapisan epidermis adalah lebih nipis dan mempunyai bilangan reseptor yang banyak di bawah ketiak.
B. Lapisan epidermis adalah lebih nipis dan mempunyai bilangan reseptor yang sedikit di bawah ketiak.
C. Lapisan dermis adalah lebih nipis dan mempunyai bilangan reseptor yang banyak di bawah ketiak.
D. Lapisan dermis adalah lebih nipis dan mempunyai bilangan reseptor yang sedikit di bawah ketiak
Kepentingan KBAT
1. Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.
Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir.
2. Menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis
KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori.
3. Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang muhasabah.
Contohnya kurang banyak mas