Contoh Soalan UPBMG 2024 (Format Ujian). Nak menduduki Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru? Panduan buat calon yang mengambil ujian UPBMG tahun 2024. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru atau ringkasnya UPBMG diperkenalkan oleh MPM bagi memupuk pembangunan diri dan menyediakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khususnya guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. UPBMG merupakan instrumen yang menguji kecekapan kemahiran bahasa, iaitu bertutur, membaca, menulis dan mendengar dalam kalangan guru yang mengajarkan Bahasa Melayu.
Contoh Soalan UPBMG 2024 (Format Ujian)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru termasuk memaparkan format dan spesifikasi ujian serta contoh soalan:
Format Dan Spesifikasi Ujian UPBMG 2023
UPBMG ini terdiri daripada empat (4) komponen iaitu Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis dan Kemahiran Mendengar.
a. Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur boleh ditakrifkan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks, iaitu melibatkan proses mental serta merangsang alat pertuturan untuk menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna.
- Masa: 30 minit
- Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian I dan Bahagian II.
b. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca melibatkan pengecaman kod dan menyahkod, memahami makna perkataan, mengenal pasti skrip bahasa, membuat perkaitan dan inferens, mencari jawapan bagi soalan, mengenalpasti teknik penulisan, dan mengenal pasti genre petikan.
- Masa: 60 minit
- Kertas soalan ini terdiri daripada 30 soalan yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian I, Bahagian II, dan Bahagian III.
c. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan keupayaan untuk menghasilkan wacana yang utuh dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Masa: 90 minit
- Kertas soalan ini mengandungi dua tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.
d. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan komponen kemahiran berbahasa oleh individu untuk menguasai sesuatu bahasa.
- Masa: 30 minit
- Kertas soalan ini terdiri daripada 30 soalan yang terbahagi kepada lima bahagian, iaitu Bahagian I, Bahagian II, Bahagian III, Bahagian IV, dan Bahagian V.
- Setiap bahagian mengandungi rakaman perbualan yang terdiri daripada dialog atau monolog.
Soalan Kemahiran Bertutur UPBMG
Soalan Kemahiran Membaca UPBMG
Soalan Kemahiran Menulis UPBMG
Soalan Kemahiran Mendengar UPBMG
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari ke laman web https://www.mpm.edu.my/en/upbmg/sukatan-pelajaran-dan-spesifikasi-ujian-upbmg
Penafian: Soalan-soalan yang dipaparkan dalam portal upuonline.net adalah contoh soalan sahaja. Soalan ini dipetik dan didapati dari sumber Majlis Peperiksaan Malaysia.
BACA JUGA: Cara Daftar UPBMG