Gred Pemarkahan STPM 2025 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Pengiraan). Apakah gred markah STPM tahun 2025? Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau ringkasnya STPM adalah peperiksaan prauniversiti yang diduduki pelajar Malaysia selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). STPM merupakan medium terbaik atau jalan pintas buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bagi pelajar yang berminat menyambung pengajian dalam Tingkatan Enam boleh memilih dalam aliran Sains atau kemanusiaan.

Untuk makluman, gred kertas dan gred mata pelajaran dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ditunjukkan dengan gred A hingga F, dengan gred A sebagai gred yang tertinggi, dan gred F sebagai gred gagal. Setiap gred mata pelajaran akan diberikan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Buat calon boleh menyemak keputusan peperiksaan STPM melalui portal MPM atau juga menerusi SMS.
Gred Pemarkahan STPM 2025 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Gred kertas, gred mata pelajaran, dan NGMP yang dinyatakan dalam slip keputusan adalah seperti dalam jadual yang berikut:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
GRED GRED MATA NGMP TAHAP
KERTAS PELAJARAN
A A 4.00 Lulus Penuh
A– A– 3.67 Lulus Penuh
B+ B+ 3.33 Lulus Penuh
B B 3.00 Lulus Penuh
B– B– 2.67 Lulus Penuh
C+ C+ 2.33 Lulus Penuh
C C 2.00 Lulus Penuh
C– C– 1.67 Lulus Seb.
D+ D+ 1.33 Lulus Seb.
D D 1.00 Lulus Seb.
F F 0.00 Gagal
Nota : Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 ialah gred lulus penuh. Untuk gred D hingga C– adalah nilai 1.00 hingga 1.67 bagi gred lulus sebahagian. Manakala, gred F yang diberi nilai 0.00 ialah gred gagal. Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ditentukan berasaskan wajaran setiap kertas dan jumlah markah bagi mata pelajaran berkenaan.
BACA JUGA: Cara Kira Pointer Peperiksaan STPM