Jadual Peperiksaan STPM 2024 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Setiap Semester)

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Setiap Semester). Berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2024. Selain itu, pelajar juga boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) dengan Permohonan UPUOnline. Berikut dikongsikan adalah kalendar peperiksaan STPM 2024 yang dikeluarkan secara rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Setiap Semester)

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Setiap Semester)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan STPM yang mengandungi tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis serta tarikh ujian lisan bahasa Arab :

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Malaysian Higher School Certificate adalah sejenis pra-universiti yang diduduki oleh pelajar Tingkatan Enam. STPM dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET). Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga semester.

Cara Pendaftaran STPM 2024 Semua Semester

Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan bagi semua jenis calon hendaklah dibuat secara online. Pengetua atau Setiausaha Peperiksaan Sekolah, calon dikehendaki melayari portal MPM iaitu http://online.mpm.edu.my/web/guest/home;jsessionid=F020286B277637C04EEC6E498C61289E.jvm2 bagi tujuan pendaftaran STPM.

Kalendar Waktu Peperiksaan Bertulis STPM 2024

2024

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Setiap Semester)

SEMESTER 1 (2023)

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Setiap Semester)

Panduan & Arahan Peperiksaan STPM 2024

1. Waktu peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut kertas. Calon dikehendaki menyemak waktu peperiksaan sebenar bagi setiap kertas mengikut semester.

2. Calon dilarang membawa masuk beg tangan ke dalam bilik/dewan peperiksaan.

3. Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula dan dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan tamat.

4. Calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai, dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.

Muat Turun Kalendar Peperiksaan STPM 2024

Bagi anda yang ingin mendapatkan jadual peperiksaan STPM dengan lengkap dalam bentuk PDF, anda boleh muat turun melalui https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/kalendar/2023/Kalendar_STPM2024-edisi_14_Nov_2023.pdf

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 dan sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

  • No. Tel: 03-61261600
  • No. Faks: 03-61361488
  • Portal MPM: www.mpm.edu.my
  • E-mel: ppa@mpm.edu.my

BACA JUGA:

Leave a Reply