Koleksi Peribahasa Melayu SPM PT3 UPSR Beserta Maksud. Apakah dimaksudkan peribahasa Melayu? Panduan buat anda khususnya pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang ingin mengetahui peribahasa Melayu. Peribahasa adalah satu susunan kata atau kumpulan dua kata yang mempunyai maksud tertentu yang merujuk kepada maksud berkias/ tersirat. Dalam erti kata lain, peribahasa ayat atau kumpulan kata merupakan satu sindiran atau pengajaran yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Koleksi Peribahasa Melayu SPM PT3 UPSR Beserta Maksud
Berikut dikongsikan adalah senarai koleksi peribahasa yang boleh dijadikan panduan buat pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah :
Ada udang di sebalik batu – Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – mengalami susah senang bersama-sama
Bagai kaca terhempas ke batu – Sangat sedih atau kecewa
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang – Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah bersabar, sehingga mencapai kejayaan tersebut
Bagai menghitung bulu kambing – Membuat kerja yang sia-sia
Bak cendawan tumbuh selepas hujan – Terlalu banyak pada sesuatu masa
Biar mati anak, jangan mati adat – Orang yang kuat perpegang pada adat.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni – Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air – Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Daun nipah dikatakan daun labu – Jika malas bertanya, tentulah timbul salah faham
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi – Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah – Pembahagian yang sama rata
Indah khabar dari rupa – Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua – Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
Katak di bawah tempurung – Orang yang sangat cetek pengetahuan dan pengalaman hidup.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak – Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Seperti lembu dicucuk hidung – Orang yang selalu menurut kemajuan orang lain
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.