Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap] JAKIM

Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap]. Bagaimana nak Solat Sunat Tarawih secara bersendirian? Panduan buat umat Islam yang akan mengerjakan Solat Sunat Taraweh di rumah. Kini, negara Malaysia termasuk seluruh dunia dilanda kemelut Coronavirus yang telah meragut nyawa manusia. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan pada 28 April 2020, umat Islam Malaysia tidak dibenarkan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau kerana untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Tetapi, anda boleh Solat Sunat Tarawih secara bersendirian sahaja di rumah masing-masing.

Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap] JAKIM

Tahun ini, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang jatuh pada hari Jumaat, 24 April 2020 bersamaan 1441 Hijrah.

Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap]

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Solat Sunat Tarawih termasuk memaparkan hukum dan cara solat :

Hukum Solat Sunat Tarawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

Cara Solat Sunat Tarawih Secara Bersendirian Atau Berjemaah

1. Lafaz Niat Solat Terawih
Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat *(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Laim

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga. Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

3. Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang
tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah al-
Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:

  1. Surah Al-Takathur
  2. Surah Al-Asr
  3. Surah Al-Humazah
  4. Surah Al-Fil
  5. Surah Quraisy
  6. Surah Al-Ma’un
  7. Surah Al-Kautsar
  8. Surah Al-Kafi run
  9. Surah An-Nasr
  10. Surah Al-Masad
    Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap]
Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap]
Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap]
Panduan Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah Di Rumah [Lengkap]

Panduan Solat Sunat Witir

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Tiga rakaat dengan dua salam.

1. Lafaz niat sembahyang sunat Witir:

a. Bagi dua rakaat yang pertama:

Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.

b. Bagi satu rakaat yang akhir:

Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.

2. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah
dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.

3. Bacaan Surah:

Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat sembahyang sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:

  • Rakaat pertama – Surah al-‘Ala
  • Rakaat kedua – Surah al-Kafi run
  • Rakaat ketiga – Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas

Download Panduan JAKIM

Untuk memudahkan anda boleh merujuk pada panduan solat terawih yang dikeluarkan oleh JAKIM di pautan berikut:

http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan-Solat-Terawih-Jakim—2020.pdf

BACA JUGA : Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H Malaysia

Leave a Reply