Pengambilan Guru Interim 2020 KPM Online

Pengambilan Guru Interim 2020 KPM Online. Bilakah tarikh pengambilan guru interim KPM 2020? Panduan buat calon yang berminat menjadi guru interim. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi guru secara interim di sekolah-sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Cina ambilan tahun 2020. Permohonan guru interim KPM ambilan 2020 telah dibuka mulai 6 Mac sehingga 20 Mac 2020 menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my/myumum.

Pengambilan Guru Interim 2020 KPM Online

Pengambilan Guru Interim 2020 KPM Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan Guru Interim di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan cina termasuk memaparkan maklumat jawatan, syarat kelayakan, bidang ditawarkan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : Sehingga 20 Mac 2020

Maklumat Jawatan Guru Interim Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Cina KPM

i. Tajuk: Pengambilan Guru Interim Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020.
ii. Nama Jawatan: Guru Interim.
iii. Tempoh Interim: Tiga (3) tahun sahaja.

Syarat Kelayakan Guru Interim 2020

Calon-calon yang berkelayakan kena ikuti syarat-syarat kemasukan Guru Interim adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

a. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) bagi calon-calon Semenanjung Malaysia; atau

b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak;

Cara Mohon Guru Interim 2020 Online

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal JobsMalaysia di alamat https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy mulai 6 Mac 2020.

Calon yang didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temuduga, lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Nota : Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan secara e-mel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan e-mel semasa temu duga.

Semakan Panggilan Dan Keputusan Temuduga Guru Interim

Semakan berhubung panggilan dan keputusan temuduga boleh dibuat di laman web SPP www.spp.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan tentang permohonan, anda boleh hubungi di :

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2, NO 2251
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-83217300/7200
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan sebagai Guru Interim ambilan 2020.

Leave a Reply