Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma. Anda pelajar lepasan SPM? Pastinya anda dalam dilema untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, benar tidak? Untuk artikel kali ini akan kongsikan tentang perbezaan Tingkatan Enam dan Diploma. Lazimnya, apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan pelajar akan mula fikirkan kursus apa yang hendak dipilih dan diikuti. Adakah lanjutan ke STPM? Diploma atau Matrikulasi? Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau atau ingin sambung pelajaran berikut dikongsi beza antara Tingkatan 6 atau Diploma.

Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang perbezaan antara Tingkatan 6 dan Diploma yang boleh dijadikan panduan buat pelajar :

Kelebihan Pengajian Diploma

Diploma

Pengajian peringkat Diploma bertujuan menyediakan tenaga pekerja separa Profesional seperti Penolong Pengurus, Penolong Jurutera dan sebagainya. Mengambil masa lebih lama iaitu tiga tahun daripada Tingkatan Enam kerana pelajaran Diploma memberikan ilmu dan kemahiran dalam bidang kerjaya tertentu. Tamat pengajian, anda boleh guna kelayakan sijil diploma untuk memohon tawaran kerja. Pembelajaran di peringkat Diploma agak senang (tidak semua) berbanding Asasi kerana masa yang diberikan cukup untuk fahami.

Anda boleh guna kelayakan sijil Diploma untuk lanjutan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.

Kelebihan Pengajian Tingkatan 6

Tingkatan 6

Pengajian Tingkatan Enam lebih singkat jika dibandingkan dengan Diploma. Lazimnya, masa pengajian Tingkatan Enam selama setahun setengah manakala Diploma pula tiga tahun. Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan turut diiktiraf universiti di luar negara. Sijil STPM turut mempunyai kelebihan jawatan sama ada swasta atau kerajaan jika memohon kerja. Tambahan lagi, pengajian ini menjimatkan kos kerana tempat belajar hanya di sekolah berhampiran dengan rumah anda.

Sekiranya anda memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM, anda mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda selepas tamat tingkatan 6.

BACA JUGA : Perbezaan Tingkatan 6 Matrikulasi Asasi dan Diploma IPTA

Leave a Reply