Permohonan APEL Online (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu)

Permohonan APEL Online (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu). Anda berminat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi tetapi tidak cukup syarat kelayakan? Panduan buat anda yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak cukup syarat untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk makluman, kini untuk memohon IPT bagi mereka yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kurang kredit, mereka boleh mengunakan laluan Sijil MQA APEL. Apa itu APEL?

Permohonan APEL Online (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu)

Accreditation of Prior Experiential Learning atau singkatannya sebagai APEL atau dalam bahasa Melayunya Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Untuk mudah fahami, APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. APEL juga didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Permohonan APEL Online (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan APEL termasuk memaparkan perbezaan APEL (A) dan APEL (C), syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Kenapa APEL?

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). APEL menggalakkan seseorang individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal. Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja.

Perbezaan APEL (A) dan APEL (C)

APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Sehingga kini penilaian APEL(A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu program Sijil (APEL T-3), program Diploma (APEL T-4, program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) dan Ijazah Sarjana (APEL T-7).

Manakala APEL (C) adalah untuk mengiktiraf pembelajaran pelajar tanpa mengambil kira bagaimana dan di mana ianya diperoleh bagi TUJUAN PINDAH KREDIT KURSUS di dalam program akademik yang diikuti.

Nota : Untuk info lanjut tentang perbezaan APEL (A) dan APEL (C) boleh merujuk DISINI.

Syarat Kelayakan APEL

Berikut adalah kriteria asas yang perlu dipatuhi untuk permohonan APEL (A) dan APEL (C) :

SYARAT KELAYAKAN APEL (A) 

1. Bagi kemasukan ke Program peringkat Ijazah Sarjana calon haruslah warganegara Malaysia berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat. Memiliki sekurang-kurangnya STPM/ Diploma atau setara dengan pengalaman bekerja yang berkaitan dan lulus penilaian APEL.

2. Bagi kemasukan ke Program peringkat Ijazah Sarjana Muda calon haruslah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman bekerja yang berkaitan dan lulus penilaian APEL.

3. Bagi kemasukan ke Program peringkat Ijazah Sarjana calon haruslah warganegara Malaysia berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman bekerja yang berkaitan dan lulus penilaian APEL.

4. Bagi kemasukan ke Program peringkat Sijil calon haruslah warganegara Malaysia berumur 19 tahun ke atas pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman bekerja yang berkaitan dan lulus penilaian APEL.

SYARAT KELAYAKAN APEL (C) 

1. Pelajar IPT yang mempunyai pengalaman bekerja atau himpunan khusus pendek.

2. Warganegara Malaysia dan bukan Warganegara Malaysia.

Cara Permohonan APEL Online

i. APEL (A)

1. Untuk permohonan APEL (A), pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di www.mqa.gov.my.

2. Kemudian, klik ikon APEL.

3. Setelah itu, klik butang permohonan.

4. Pemohon mestilah isi borang dengan lengkap.

5. Klik hantar dan selesai.

ii. APEL (C) 

Untuk permohonan APEL (C), calon boleh membuat permohonan disini.

Leave a Reply