Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Kepada Asnaf/ Terkesan COVID-19 Secara Online

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Kepada Asnaf/ Terkesan COVID-19 Secara Online. Anda memerlukan bantuan kewangan? Berita baik buat golongan asnaf yang memerlukan bantuan yang terkesan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Untuk makluman, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengumumkan bantuan khas iaitu Bantuan Prihatin MAIK yang terjejas akibat COVID-19. Permohonan ini boleh dibuat secara online dan dibuka semula mulai 26 April 2020 menerusi laman web http://prihatin.e-maik.my.

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Kepada Asnaf/ Terkesan COVID-19 Secara Online

Bantuan Prihatin MAIK adalah satu bantuan khas daripada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan dimana sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang sangat memerlukan bantuan ekoran penularan wabak Covid-19.

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Kepada Asnaf/ Terkesan COVID-19 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Prihatin MAIK termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan status :

Tarikh Permohonan : Mulai 26 April 2020

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin MAIK 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Prihatin MAIK yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

  1. Asnaf fakir dan miskin.
  2. Tidak bekerja dan tiada pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
  3. Tiada duit simpanan atau duit simpanan hampir atau telah habis dibelanjakan.
  4. Tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak seperti kerajaan negeri, masjid, NGO dan lain-lain atau menerima bantuan tetapi telah habis digunakan atau bantuan yang diterima tidak mencukupi.
  5. Belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau telah terima dan hampir atau telah habis dibelanjakan.
Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Kepada Asnaf/ Terkesan COVID-19 Secara Online

Cara Mohon Bantuan Prihatin MAIK 2020 Secara Online

Sebelum membuat permohonan, sila sediakan maklumat seperti berikut :

  • Nama Pemohon dan Pasangan
  • No. Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • No. Handphone pemohon dan pasangan
  • Alamat
  • Status kediaman (Sendiri/ sewa/ menumpang/ dll)
  • Pekerjaan pemohon dan pasangan
  • Status pekerjaan dalam tempoh PKP
  • Baki duit simpanan
  • Bilangan tanggungan
  • Bantuan yang telah diterima (Kerajaan Negeri, Masjid, NGO, DLL)
  • No. Akaun bank

1. Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi MAIK http://prihatin.e-maik.my.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda yang disahkan untuk ke proses seterusnya.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Semak’.

Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web www.e-maik.my.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan COVID-19

Leave a Reply

%d bloggers like this: