Permohonan Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang 2023 Online (PPC). Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan biasiswa Pendidikan tahun 2023. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama /sarjana tajaan JPA untuk memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) bagi pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran tahun 2021. Permohonan ini dibuka secara online di Portal eSILA bermula pada 10 Februari sehingga 16 Februari 2020.
Permohonan Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang 2023 Online (PPC)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Pelajar Cemerlang (PPC) termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 10 Februari – 16 Februari 2020
Syarat Kelayakan Program Pelajar Cemerlang (PPC)
Antara syarat-syarat kelayakan penajaan Program Pelajar Cemerlang adalah seperti berikut :
A. Syarat Umum
(i) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;
(ii) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;
(iii) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;
(iv) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
(v) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020;
(vi) Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran.
B. Syarat Khusus
Kelayakan minima akademik adalah seperti berikut:
Ijazah Sarjana / Fast Track Ph.D
(a) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 (dan setara) pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara;
(b) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:
- United Kingdom : 70% dan ke atas
- Australia /New Zealand : 85%
- Jepun : 85% A+B (50%A)*
Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
(a) Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau
(b) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atau
(c) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:
- United Kingdom : 70% dan ke atas
- Australia /New Zealand : 85%
- Jepun : 85% A+B (50%A)*
* 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.
BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.
SENARAI UNIVERSITI BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2020
Cara Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Online
1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) menerusi portal http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 10 Februari 2020 sehingga 16 Februari 2020.
2. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)
Calon-calon yang memohon program penajaan ini juga dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Center (SAC) yang dijadualkan mulai 7 Ogos – 9 Ogos 2018. Calon-calon juga dikehendaki untuk membawa dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal pada sesi SAC tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Kad pengenalan calon;
2. Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama / Sarjanad dan Skrol Ijazah Pertama / Sarjana. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara;
3. Bagi pelajar Sarjana / Kedoktoran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan;
4. Selain daripada kaedah pengajian di atas, pelajar Sarjana yang sedang / bakal mengikuti pengajian perlu menyediakan plan of study yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel; dan
5. Surat tawaran tanpa syarat universiti di peringkat Sarjana / Kedoktoran. Sekiranya tawaran kemasukan adalah tawaran bersyarat, ia mestilah di atas sebab pengesahan sumber kewangan sahaja.
Semakan Keputusan Permohonan Program Pelajar Cemerlang 2021
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui
laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 2 April 2020. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam lawan sesawang eSILA.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system.do.
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)