Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2025 Ijazah Pertama (Semakan Keputusan). Nak mohon bantuan biasiswa? Berita baik buat pelajar yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Untuk makluman, Kementerian menterian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan Biasiswa MyBrainSc kepada warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih dan Universiti terkemuka Luar Negara. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 20 Mac hingga 19 April 2024 menerusi laman web www.biasiswa.mohe.gov.my.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2025 Ijazah Pertama (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pengajian Tinggi termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: 20 Mac hingga 19 April 2024
Bidang Pengajian Ditaja Biasiswa MyBrainSc
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Matematik
Syarat Kelayakan Biasiswa MyBrainSc KPT 2024
1) Kedoktoran (Ph.D)
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2024;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan;
- Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
2) Sarjana
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2024;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
3) Ijazah Pertama
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2024;
- Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
- Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
- Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
Cara Memohon Biasiswa MyBrainSc KPT Online
1. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/
2. Klik pada menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
4. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
5. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
i) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Gambar berukuran passport
- Slip Keputusan SPM
- Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
ii) Permohonan peringkat Master
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Gambar berukuran passport
- Slip Keputusan SPM
- Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
iii) Permohonan peringkat PhD
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Gambar berukuran passport
- Slip Keputusan SPM
- Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
- Transkrip penuh Master
- Rancangan penyelidikan
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
NOTA: Keputusan penilaian oleh panel temuduga yang dilantik.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hotline Cawangan Penawaran di talian 03 88881616 atau emel ke mybrainsc@mohe.gov.my.
BACA JUGA: Senarai Biasiswa PHD