Permohonan Biasiswa Negeri Pulau Pinang Penang Future Foundation 2020 Online (PFF)

Permohonan Biasiswa Negeri Pulau Pinang Penang Future Foundation 2020 Online (PFF). Panduan buat pelajar yang memerlukan bantuan pembiayaan pembelajaran untuk lanjutan pengajian. Untuk makluman, kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan bantuan pembiayaan pembelajaran melalui program biasiswa kerajaan negeri, Penang Future Foundation (PFF) yang akan dibuka pada 1 Jun sehingga 22 Jun 2020. Bagi pelajar yang menepati syarat dan berminat boleh memohon Penang Future Foundation di laman sesawang PFF.

Permohonan Biasiswa Negeri Pulau Pinang Penang Future Foundation 2020 Online (PFF)

Penang Future Foundation adalah satu program biasiswa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat Malaysia yang cemerlang dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana pertama dan sepenuh masa di Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi membantu anak tempatan yang cemerlang mengikuti pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, perakaunan, di institusi pengajian tinggi dalam negara.

Permohonan Biasiswa Negeri Pulau Pinang Penang Future Foundation

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penang Future Foundation termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Jun – 22 Jun 2020

Syarat Kelayakan Penang Future Foundation 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Penang Future Foundation adalah seperti berikut :

a. PFF Biasiswa Penang menawarkan kepada pelajar yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.67 dan ke atas selain pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 sebulan.

b. Untuk PFF Biasiswa Penang, mereka akan menerima yuran pembelajaran sehingga RM100,000 dan elaun RM800 setiap bulan.

BIDANG PENGAJIAN DITAJA

Hanya kursus MQA yang diiktiraf sepenuhnya dalam Sains *, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan Perakaunan / Kewangan yang akan ditaja. Tidak termasuk Perubatan.

Cara Mohon Penang Future Foundation 2020 Online

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi PFF http://www.penangfuturefoundation.my/

Senarai Biasiswa Program Penang Future Foundation 2020

Di bawah program ini, kita menawarkan PFF Biasiswa Penang dan juga PFF Biasiswa Mutiara.

Kedua-dua biasiswa tersebut mempunyai syarat berlainan yang perlu dipenuhi termasuk pendapatan isi rumah dan rekod biasiswa

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Penang CAT Centre at Invest-in-Penang Berhad
PSDC Building 1 Jalan Sultan Azlan Shah, 11900, Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
Email : info@penangfuturefoundation.my
Business Hours : Mondays to Fridays (except Public Holidays); 08:00 to 17:00.
No. Phone : 04-646 8833
No. Fax : 04-646 8811

Leave a Reply

%d bloggers like this: