Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah 2021 Online (Sarjana & PHD)

Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah 2021 Online (Sarjana & PHD). Anda Pegawai Kerajaan Negeri Sabah? Panduan buat anda yang ingin memohon biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti dalam negara dan luar negara. Untuk makluman menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah tahun 2021 bagi mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Kedoktoran Falsafah di institusi pengajian dalam dan luar negara yang diiktiraf. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang PAN Sabah.

Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah 2021 Online (Sarjana & PHD)

Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah 2021 Online (Sarjana & PHD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut :

A. Syarat Am

a. Pegawai Kerajaan Negeri Sabah yang telah berkhidmat dua tahun.

b. Lantikan tetap.

c. Semua skim perkhidmatan

d. Purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% bagi tempoh dua tahun terkini.

e. Telah mendapat tawaran pengajian daripada universiti. Lulus ujian IELTS/TOEFL

f. Mendapat sokongan Ketua Jabatan serta bebas daripada tindakan tatatertib.

B. Syarat Khas

Sarjana

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda
ii. Tidak melebihi 45 tahun
iii. Terbuka kepada Gred 41 dan ke atas

Doktor Falsafah

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana
ii. Tidak melebihi 45 tahun
iii. Terbuka kepada Gred 41 dan ke atas

SENARAI BIDANG PENGAJIAN

A. SARJANA

  • Pengurusan Alam Sekitar
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • Perundangan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Sains Perhutanan
  • Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
  • Data Sains dan Analitik
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Agro-Makanan (Pertanian, Ternakan, Akuakultur)
  • Dasar dan Pentadbiran Awam

B. DOKTOR FALSAFAH

  • Perdagangan dan Perindustrian
  • Kejuruteraan Perisian
  • Ekonomi dan Kewangan
  • Agro-Makanan (Pertanian, Ternakan, Akuakultur)
  • Dasar dan Pentadbiran Awam

Nota : Kursus pengajian universiti yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan universiti terkemuka dunia.

Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah 2020 Online (Sarjana & PHD)
Iklan Permohonan

Cara Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah Online

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web rasmi biasiswapans.sabah.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan di talian 088- 368600/ 088- 368721/ 088- 368717.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2021 (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)

Leave a Reply