Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2022 (Tabungan Pendidikan Awal)

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2022 (Tabungan Pendidikan Awal). Berita baik buat setiap kelahiran bayi di negeri Johor. Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama PTPTN menawarkan satu skim bantuan iaitu Dana Didik Harapan Johor khas kepada anak kelahiran Johor untuk tabungan pendidikan awal. Bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor yang mempunyai simpanan SSPN-I layak menerima percuma caruman RM100. Permohonan Dana Didik Harapan Johor boleh dibuat bermula daripada 1 Januari 2020 dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi YPJ. Permohonan ini akan ditutup pada 31 Disember 2022.

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2022 Online (Tabungan Pendidikan Awal Anak)
Foto Kredit : YPJ

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan Johor. Program ini telah dinyatakan dalam pembentangan Bajet Negeri Johor 2022. Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan.

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2022 Online (Tabungan Pendidikan Awal Anak)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Didik Harapan Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Januari sehingga 31 Disember 2022

Syarat Kelayakan Dana Didik Harapan Johor 2022

Antara syarat-syarat kelayakan Dana Didik Harapan Johor tahun 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
  2. Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 1 Januari 2022;
  3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa.
  4. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Nota: Ibu DAN bapa merujuk kepada ibu DAN bapa yang dinyatakan dalam Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Cara Permohonan Dana Didik Harapan Johor Online

a. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web http://portal.ypj.gov.my dan di semua wad-wad bersalin di hospital utama di Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1 Januari 2022.

b. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen penting ke mana-mana salah satu daripada lokasi yang di senaraikan, dalam tempoh 15 hari dari tarikh lahir bayi. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu ;

i. Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)

ii. Salinan sijil kelahiran bayi

iii. Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibu DAN bapa – Slip penyata pendapatan gaji ibu DAN bapa pada bulan bayi tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya.

iv. Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu DAN bapa yang tiada slip pendapatan gaji/tidak bekerja)

Nota :

a. Salinan dokumen di bil. (2) dan (3) di atas, hendaklah disahkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas/ Penghulu/
Ketua Kampung/Penggawa / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

b. Tempoh permohonan adalah dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi di Negeri Johor.

c. Dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang/dokumen yang lengkap diterima, PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) kepada pemohon yang berjaya melalui pos.

Untuk makluman lanjut tentang Dana Didik Harapan Johor, sila hubungi:

No. Tel: 07 – 234 4355 atau 07 – 236 1081
Emel: info@ypj.gov.my
Laman Web: www.ypj.gov.my

Sumber : YPJ

Leave a Reply