Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) RM3000 Untuk PKS (Login)

Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) RM3000 Untuk PKS (Login). Berita baik buat golongan perniagaan mikro PKS yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Geran Khas PRIHATIN khas buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Geran Khas Prihatin secara atas talian melalui Portal GKP mulai 1 Mei 2020.

Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) RM3000 Untuk PKS (Login)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Selain Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah bagi yang berkelayakan.

Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) RM3000 Untuk PKS (Login)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas Prihatin termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, aplikasi memohon dan cara bayaran :

Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin PKS

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas Prihatin PKS adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Nilai Geran Khas PRIHATIN

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Cara Memohon Geran Khas PRIHATIN Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my mulai 1 Mei 2020.

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan GKP bermula 3 Jun 2020 menerusi portal https://gkp.hasil.gov.my/. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.

Leave a Reply

%d bloggers like this: