Permohonan ILJTM 2020 Online (ILP ADTEC JMTI)

Permohonan ILJTM 2020 Online (ILP ADTEC JMTI). Berminat melanjutkan pengajian ke ILJTM? Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke ILP, ADTEC dan JMTI ambilan 2020. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke ILJTM sesi Julai 2020 boleh dibuat secara online mulai 24 Februari 2020 menerusi laman web UPU.

Permohonan ILJTM 2020 Online (ILP ADTEC JMTI)

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, permohonan kemasukan ke ILJTM akan dibuka dua kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Untuk sesi Julai, permohonan ILJTM boleh dibuat menerusi permohonan UPUOnline. Manakala, pengambilan sesi Januari boleh dibuat terus di laman web JTM. nstitusi ILJTM dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang terdapat di seluruh Malaysia.

Permohonan ILJTM 2020 Online (ILP ADTEC JMTI)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke ILJTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 24 Februari – 31 Mac 2020

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia atau ringkasnya ILJTM ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan kepada lepasan sekolah bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Syarat Kemasukan ILJTM 2020

Antara syarat-syarat Kemasukan ILJTM ambilan Julai 2020 adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur 17 hingga 35 tahun;
c. Memenuhi syarat khas kursus;
d. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja);
e. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tarikh Penting Kemasukan ILJTM 2020

Berikut adalah tarikh-tarikh penting kemasukan ILJTM ambilan Julai 2020 :

i. Sistem Permohonan Online Dibuka: 24 Februari 2020
ii. Sistem Permohonan Online Ditutup: 31 Mac 2020
iii. Semakan Panggilan Temuduga: 10 April 2020
iv. Sesi Temuduga: 14 – 15 April 2020
v. Hebahan Keputusan Permohonan : 13 Mei 2020
vi. Cetak Surat Tawaran : 18 Mei 2020
vi. Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran : 22 Mei 2020
vii. Tempoh Rayuan Kemasukan : 13 Mei – 26 Jun 2020
viii. Pendaftaran Pelajar Baharu : 28/ 29 Jun 2020

Cara Permohonan Kemasukan ILJTM Online

Untuk permohonan kemasukan sesi Julai boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://upu.moe.gov.my/web/. Manakala kemasukan Januari boleh dibuat di laman web http://www.jtm.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
No. Tel: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

BACA JUGA : Semakan Keputusan ILJTM 2020

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ambilan 2020.

Leave a Reply