Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2020/2021 Terkini

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2020/2021 Terkini. Adakah anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi ambilan 2020/2021. Untuk makluman menerusi portal KPM, permohonan Matrikulasi sesi 2020/2021 dibuka mulai 24 Februari sehingga 31 Mac 2020. Permohonan ini hanya terbuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019. Bagi calon yang berminat boleh membuat permohonan Matrikulasi secara dalam talian di laman web rasmi UPU.

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2019/2020 terkini

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2020/2021 Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi 2020 termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 24 Februari hingga 31 Mac 2020

Syarat Kemasukan Matrikulasi KPM 2020/2021

Antara syarat-syarat kemasukan ke Program Matrikulasi adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2020.

2. Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2019.

Syarat Kelayakan Akademik

A. Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B. Jurusan Perakaunan

Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan mana-mana dua mata pelajaran daripada Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, Perdagangan, Sains, Sains Tambahan, Pengajian Keusahawanan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Kejuruteraan Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C. Aliran Teknikal

Kimia, Fizik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan.

Cara Permohonan Matrikulasi KPM Online

1. Pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10.00 dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan. Pastikan No. Pin yang dibeli di kaunter dirahsiakan dari mana-mana orang lain.

2. Permohonan Matrikulasi boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 24 Februari 2020.

3. Setelah melengkapkan borang permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.

Keputusan Permohonan Matrikulasi 2020/2021

Keputusan ke Program Matrikulasi akan diumumkan melalui laman sesawang KPM. Pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran yang boleh diperolehi secara online di laman sesawang yang sama.

Sebarang keterangan lanjut kemasukan Matrikulasi, sila hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 – 8884 4083.

INFO BERKAITAN : Senarai Kolej Matrikulasi di Seluruh Malaysia

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi yang ditawarkan di seluruh Malaysia.

Sumber : KPM

Leave a Reply