Permohonan Pra Diploma UITM 2020 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Permohonan Pra Diploma UITM 2020 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi). Berminat melanjutkan pengajian ke IPT? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT). Untuk makluman, permohonan Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UITM ambilan Ogos 2020 boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang UiTM https://pppt.uitm.edu.my.

Permohonan Pra Diploma UITM 2020 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UITM atau dikenali sebagai Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) merupakan adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu pelajar miskin dalam mendapat peluang pendidikan. Calon yang lulus permohonan PPT ini bakal diberikan penempatan bagi menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UITM).

Permohonan Pra Diploma UITM 2020 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Berikut dikongsikan maklumat Program Pra Pendidikan Tinggi UITM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UiTM adalah Universiti Awam di Malaysia yang memiliki kampus di setiap negeri. Tujuan penubuhan UiTM untuk memberi peluang kepada Bumiputera melanjutkan pengajian ke IPTA. UiTM berbeza dengan Universiti Awam lain dimana menyediakan program Pra-Diploma kepada golongan yang mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan SPM dan tidak layak melanjutkan pengajian peringkat Diploma.

Syarat Kelayakan Program PPT UITM 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Program PPT UITM adalah seperti berikut:

PRA DIPLOMA PERDAGANGAN

  • Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan

PRA DIPLOMA SAINS

  • Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  • Lulus Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan
Permohonan Pra Diploma UITM 2020 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Cara Permohonan PPT UITM Ogos 2020 Online

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan menerusi laman web rasmi https://pppt.uitm.edu.my.

Panduan Mengisi Borang Permohonan PPT UITM

A. Sebelum Permohonan

1. Sila muat turun borang permohonan seperti diatas.

2. Kenalpasti kategori anda samada kategori PPPT B40, PPPT Orang Asli dan PPPT Atlet.

B. Semasa Mengisi

1. Isikan maklumat borang permohonan yang betul dan tepat.

2. Pastikan isi kesemua ruangan WAJIB yang bertanda (*).

C. Selepas Permohonan

Lampirkan dokumen yang lengkap pada borang permohonan tersebut dan hantarkan lampiran yang lengkap ke alamat:

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Artikel Berkaitan : Senarai UiTM di Seluruh Malaysia

Senarai Lampiran Borang Permohonan PPT UITM

Beberapa lampiran yang diperlukan bersama borang permohonan adalah iaitu :

  1. Borang Permohonan PPT UITM
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil SPM
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa
  5. Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen atau Surat Pengesahan Pendapatan
  6. Sijil Kematian/ Penceraian Ibu/Bapa
  7. Salinan Sijil Anak Angkat (jika berkaitan)
  8. Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan)
  9. Salinan Sijil/ Pengiktirafan sukan tertinggi & terkini (PPT- Atlet)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi UITM
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
No. Tel: 03-5521 1306/ 1443
No. Fax: 03-5543 7969
Emel: pppt@uitm.edu.my

BACA JUGA : Semakan Syarat Kelayakan ke UiTM

Leave a Reply