Permohonan Program Pascasiswazah UKM 2020 (Master & PHD)

Permohonan Program Pascasiswazah UKM 2020 (Master & PHD). Panduan buat anda yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ambilan 2020. Untuk makluman menerusi portal web UKM, mempelawa permohonan untuk mengikuti program pengajian siswazah yang ditawarkan. Permohonan Ke Program Pascasiswazah UKM Bagi Semester 2 2018/2019 (Kemasukan Februari 2019) telah dibuka dari 3 Oktober hingga 14 November 2018. Semua permohonan kemasukan program siswazah hendaklah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Siswazah (Graduate Admission Application System) di guest.ukm.my.

Permohonan Program Pascasiswazah UKM 2019 (Master & PHD)

Kredit imej : ukm.my

Pengambilan untuk program mod kerja kursus dan mod campuran dibuat dua kali setahun iaitu pada Oktober hingga November (kemasukan Februari tahun berikutnya) dan April hingga Mei (kemasukan September). Pengambilan untuk program pengajian mod penyelidikan boleh dibuat pada bila bila masa.

Permohonan Program Pascasiswazah UKM 2020 (Master & PHD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Program Pascasiswazah UKM termasuk memaparkan syarat kemasukan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Syarat Kemasukan UKM 2020

Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut :

A. Program Ijazah Sarjana

Pemohon yang ingin memohon untuk mengikuti program Ijazah Sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau

(b) Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi; atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat; atau

(c) kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui pentauliahan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL – Accreditation of Prior Experiential Learning) atau melalui pengiktirafan pengajian terdahulu (RPL – Recognition of Prior Learning)

(d) memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

B. Program Ijazah Doktor Falsafah

Pemohon yang ingin memohon untuk mengikuti program Ijazah Doktor Falsafah hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana dari Universiti Awam atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;

(b) kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat;

(c) sedang mengikuti program Sarjana di bawah subperaturan 6(1)(a) secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah untuk menukar status kepada Program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti/Pengarah Institut;

(d) Ijazah Sarjana muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti dan mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;

(e) kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui pentauliahan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL – Accreditation of Prior Experiential Learning) melalui pengiktirafan pengajian terdahulu (RPL – Recognition of Prior Learning); dan

(f) memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

SYARAT KEPERLUAN BAHASA INGGERIS

Calon luar negara diwajibkan memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:

(a) mendapat keputusan TOEFL atau IELTS yang memenuhi syarat skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program masing-masing; atau

(b) bagi program tertentu, calon diwajibkan mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan jika tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon wajib mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh maksimum dua (2) semester.

Nota : Untuk mengetahui tentang senarai program atau khusus boleh merujuk di PROGRAM UKM.

Permohonan Program Pascasiswazah UKM 2019 (Master & PHD)

Cara Permohonan UKM 2019 Online

Berikut adalah cara permohonan kemasukan Program Pascasiswazah UKM sesi 2018/2019 :

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya di guest.ukm.my bermula 03 Oktober 2018.

2. Tarikh tutup permohonan untuk mengikuti program pengajian mod kerja kursus dan mod campuran adalah pada 14 November 2018.

3. Keputusan permohonan akan mula dipaparkan pada 03 Disember 2018.

4. Permohonan untuk mengikuti program pengajian mod penyelidikan adalah dibuka sepanjang tahun.

5. Yuran proses sebanyak RM30.00 (bagi pemohon Malaysia) dan USD30 (bagi pemohon luar negara) hendaklah dibayar secara kaedah atas talian (online payment) atau menggunakan kad kredit (online payment) sepertimana yang disediakan di dalam Sistem Guest.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Telefon : 03-8911 8468/8389

Faks : 03-8911 8471

E-mel : akad@ukm.edu.my

Laman Web : http://guest.ukm.my/

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UKM bagi program Ijazah Sarjana dan PHD.

Leave a Reply

%d bloggers like this: