Permohonan Program Penajaan MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2019 Online

Permohonan Program Penajaan MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2019 Online. Panduan buat pelajar yang mendapat tawaran dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia. Untuk makluman menerusi portal MARA menawarkan kepada mereka yang berkelayakan memohon Program Penajaan MARA ke Universiti Terbaik Dunia. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi MARA bermula pada 28 Mac 2019 jam 10.00 pagi sehingga 6 April 2019 jam 12.00 tengah hari.

MARA menawarkan penajaan dalam bentuk pinjaman pelajaran (dengan pengurangan bayaran balik tertakluk kepada keputusan akhir pengajian) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti LAMPIRAN 1. Program ini bertujuan
melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Permohonan Program Penajaan MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2019 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan MARA ke Universiti Terbaik Dunia 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tempoh permohonan, cara permohonan dan hubungi :

Syarat Kelayakan Program Penajaan MARA ke Universiti Terbaik Dunia

A. Syarat Umum

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.

ii. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 25 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

iii. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

iv. Tidak mendapat bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.

v. Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga TIDAK DI SENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

vi. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik dan disiplin.

B. Syarat Khusus

i. Terbuka kepada pelajar yang telah mendapat tawaran dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti senarai LAMPIRAN 1 dalam bidang atau kursus
yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Badan Profesional Malaysia. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian perlu melampirkan surat tawaran dan pengesahan belajar dari pihak universiti beserta tempoh mula hingga tamat pengajian.

ii. Pendapatan Keluarga (Ibu dan ayah / penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.

iii. Mengikuti proses pemilihan yang ditetapkan oleh pihak MARA.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman bagi pelajar baharu adalah berdasarkan tempoh pengajian
sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.

Cara Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 28 Mac sehingga 06 April 2019.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Senarai Universiti Terbaik Dunia Bagi Tahun 2019

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti butiran di bawah:

World’s Top Universities Programme

(WTU) Bahagian Penganjuran Pelajaran

MARA Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2613 2070 / 32062 /32023

Emel : wtu@mara.gov.my

Semoga anda mendapat tawaran biasiswa MARA bagi pengajian anda.

Leave a Reply

%d bloggers like this: