Permohonan SBP Tingkatan 4 2024/2025 Online (spskt4.moe.gov.my)

Permohonan SBP Tingkatan 4 2024/2025 Online (spskt4.moe.gov.my). Berminat melanjutkan pengajian ke SBP? Panduan buat calon lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2024/2025 bagi Tingkatan 4 boleh dibuat bermula daripada 1 Ogos hingga 17 September 2023. Manakala, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula akan dibuka sekitar bulan Ogos/ September 2023.

Permohonan SBP Tingkatan 4 2024/2025 Online (spskt4.moe.gov.my)

Permohonan SBP Tingkatan 4 2024/2025 Online (spskt4.moe.gov.my)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Berasrama Penuh bagi Tingkatan 4 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan tawaran :

Tarikh Permohonan:

Syarat Umum Permohonan SBP Tingkatan 4

Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tingkatan 4 iaitu :

● Pelajar mestilah warganegara Malaysia.

● Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

● Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).

● Mencapai aras toleransi dalam ujian kemasukan SBP (UKSBP).

● Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).

● Aktif dalam kokurikulum.

Aliran Matapelajaran SBP Tingkatan 4

Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut :

Permohonan SBP Tingkatan 4 2024/2025 Online (spskt4.moe.gov.my)

Cara Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2024/2025 Online

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2021 boleh dibuat secara online melalui aplikasi SST1 KPM.

Permohonan SBP Tingkatan 4 2024/2025 Online (spskt4.moe.gov.my)

Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2024/2025

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya bulan Januari 2021. Permohonan rayuan SBP akan dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

Nota : 

1. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.

2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

3. Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan atau menolak pendaftaran tersebut.

4. Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.

Sebarang keterangan lanjut, ibu bapa atau penjaga dan murid boleh layari ke laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my

BACA JUGA :

Leave a Reply