Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2020 Online KPM

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2020 Online KPM. Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat melanjutkan pengajian di Pusat Tingkatan 6 KPM ambilan 2020. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mempelawa murid lepasan Tingkatan Lima (5) yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingkatan 6 (Tahfiz) yang ditawarkan di Pusat Tingkatan 6 SMKA Putrajaya dan Pusat Tingkatan 6 SMKA Kedah bagi ambilan Mei 2020. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web http://jpwpp.moe.gov.my bermula daripada 10 Mac hingga 22 Mac 2020.

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2020 Online KPM

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2020 Online KPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan Tingkatan 6 Tahfiz KPM termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan, cara permohonan dan hubungi :

Tarikh Permohonan : 10 Mac hingga 22 Mac 2020

Keterangan Tingkatan 6 Tahfiz

a. Pelaksanaan tingkatan 6 (tahfiz) ini menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.

b. Pengajian Tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat
pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

c. Kandungan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan 6 tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.

Syarat Pengambilan Tingkatan 6 Tahfiz KPM

Antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :

i. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;

ii. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

iii. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau

iv. Murid Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C dan telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk; atau

v. Murid sekolah tahfiz swasta memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C serta telah
menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk

vi. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3

Cara Mohon Tingkatan 6 Tahfiz 2020 Online

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang (web url)
    http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz.
  2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran
    kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.

Nota :

a. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui laman sesawang
http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz pada 1 April 2020.

b. Calon yang berjaya dalam temuduga tingkatan 6 Tahfiz boleh menyemak keputusan temuduga melalui laman web http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz pada 15 April 2020.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2 NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7200

Atau

JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
Aras 7, Lobi 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
62604, Putrajaya
No. Telefon : 03-8889 0033

BACA JUGA : Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Leave a Reply