SAPS Ibu Bapa 2024: Semakan Keputusan Peperiksaan Online. Nak semakan keputusan peperiksaan dengan mudah? Panduan buat pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang ingin semak slip keputusan ujian dan peperiksaan tahun 2024. Untuk makluman, kini pelajar boleh membuat semakan keputusan peperiksaan atau ujian secara atas talian menerusi laman portal SapsIbuBapa. Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa atau juga dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah suatu sistem analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan oleh KPM untuk memudahkan ibu bapa memantau prestasi pelajaran anak mereka hanya menerusi alam maya.
Sistem SAPS NKRA diwujudkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data ujian atau peperiksaan pada setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS Ibu Bapa turut memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan setiap pelajar bagi sekolah rendah (Darjah 1 – 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 – 5).
SAPS Ibu Bapa 2024: Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang semakan slip peperiksaan SAPS termasuk memaparkan tarikh kemasukan dan aplikasi semakan :
Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini Online Sapsibubapa
Antara jenis-jenis peperiksaan yang boleh disemak oleh ibu bapa atau pelajar dalam sistem Sapsibubapa seperti berikut :
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)
- Ujian 1 & 2
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Peperiksaan Percubaan
Cara Semak Sapibubapa Online
1. Untuk semakan boleh dibuat di laman Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2.
2. Sila masukkan nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (tanpa “-” atau space).
3. Pilih negeri dimana terletaknya sekolah dan pilih sekolah terkini.
4. Seterusnya, pilih tahun peperiksaan dan masukkan kod pengesahan.
5. Klik butang SEMAK LAPORAN dan dibawa ke paparan seperti di bawah.
6. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak sama ada ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, peperiksaan percubaan SPM dan sebagainya.
7. Kemudian, klik pada ‘Papar Slip Keputusan‘ atau paparan lebih terperinci terus ke ‘Papar Markah Peperiksaan‘.
8. Selesai.
Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan Dalam Sistem SAPS
Keputusan Ujian atau Peperiksaan terkini hanya dipaparkan selepas pihak guru selesai memasukkan data maklumat dalam sistem SAPS. Maklumat jenis peperiksaan dan tarikh mula dan akhir kemasukan markah seperti berikut :
- Pertengahan Tahun 6 / Tingkatan 6 : Mei hingga Jun 2020
- Percubaan Tahun 6 : Julai hingga Ogos 2020
- Percubaan Tingkatan 5 : September hingga Oktober 2020
BACA JUGA: Gred Markah Peperiksaan SPM, STAM & STPM
Mmg senang skrg sudah boleh semak kat lama web