Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik Secara Online Melalui myTNB

Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik Secara Online Melalui myTNB. Nak semak bil TNB secara online? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin menyemak dan pembayaran bil elektrik TNB. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan dan pembayaran bil elektrik secara atas talian menerusi Portal MyTNB atau melalui aplikasi mobile myTNB.

Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik Secara Online Melalui myTNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa bakal menghentikan sementara pengeluaran bil bercetak susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu bermula 20 Mac 2020. Tujuan adalah untuk memastikan keselamatan pengguna termasuk pekerja TNB selamat daripada wabak COVID-19.

Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik Secara Online Melalui myTNB

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bil Elektrik TNB termasuk memaparkan cara semakan dan pembayaran secara online :

Senarai Servis Perkhidmatan Online MyTNB

Antara beberapa servis perkhidmatan yang disediakan melalui myTNB :

  • Bil elektrik semasa
  • Sejarah bacaan meter, sejarah pembayaran dan sebagainya
  • Maklumat akaun seperti jumlah deposit dan status akaun TNB

Cara Semakan Bil TNB Melalui Aplikasi MyTNB

1. Anda perlu memuat turun aplikasi myTNB di Google Play (Android) dan App Store (iOS).

2. Buka apps dan daftar akaun dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan bersetuju terma dan syarat.

Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik Secara Online Melalui myTNB
Foto Kredit : FB Hafiz Kadir

3. Masukkan 12 digit no akaun TNB dan klik sahkan sekiranya maklumat akaun tersebut adalah benar.

4. Jika akaun atas nama anda boleh pilih ‘Ya’, jika bukan pilih “Tidak”.

5. Setelah berjaya mengisi maklumat yang diperlukan, butiran pemilik akaun dan jumlah bil elektrik seperti lihat bil, bayar bil dan hantar maklum balas akan dipaparkan.

6. Pembayaran bil elektrik boleh dibuat menggunakan kad debit, kad kredit atau perbankan atas talian (FPX).

Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik Secara Online Melalui myTNB
Foto Kredit : FB Hafiz Kader

Cara Semakan Bil TNB Secara Online

1. Untuk semakan secara online boleh dibuat di laman web MyTNB secara www.mytnb.com.my.

2. Terdapat dua pilihan samada ingin mendaftar akaun baharu atau tidak mahu mendaftar.

3. Klik “Express Payment” bagi yang tidak mendaftar.

4. Masukkan 12 Digit No. Akaun TNB.

5. Klik pada ”i’m not a robot”.

6. Jumlah pembayaran akan dipaparkan di screen anda dan klik “PAY” untuk membuat pembayaran.

Nota : Menerusi laman portal TNB, bil baharu akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Contohnya jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil baharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama RM100. Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah pekerja TNB membuat bacaan sebenar di kediaman masing-masing selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

TNB Careline: 1-300-88-5454
Emel: tnbcareline@tnb.com.my
Portal Rasmi TNB: https://www.mytnb.com.my/

BACA JUGA : Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50%

Leave a Reply