Semakan Keputusan eGTukar 2024 Online (Sesi Januari & Jun). Bilakah tarikh semak keputusan Pertukaran Guru sesi Jun 2024 dan Januari 2025? Panduan buat guru yang telah membuat permohonan pertukaran guru antara bahagian/ negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2024. Untuk makluman, semakan keputusan eGTukar Guru sesi Januari 2024 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi KPM mulai 12 Disember 2020.
Permohonan eGTukar Guru adalah bagi pertukaran guru KPM di seluruh Malaysia antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah. Ia meliputi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time Based), DG34 (KUP Time Based), DG38 (KUP Time Based, DG41, DG42, DG44 (KUP Time Based, DG48 (KUP Time Based, DG52 (KUP Time Based dan DG54 (KUP Time Based).
Semakan Keputusan eGTukar 2024 Online (Sesi Januari & Jun)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan pertukaran guru egTukar melibatkan sesi Jun dan Januari termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Tarikh Semak egTukar Sesi Januari dan Jun
○ Sesi Januari 2021 : 12 Disember 2020
○ Sesi Jun 2021 : akan dikemaskini
Cara Semak Keputusan Pertukaran Guru Januari Online
1. Semakan keputusan pertukaran Guru boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/
2. Untuk menyemak, log in ke sistem Modul Pengurusan Guru egTukar dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan No. Kad Pengenalan masing-masing.
3. Semakan penempatan guru yang lulus pertukaran antara daerah dan pertukaran dalam daerah boleh dibuat mulai 31 Disember 2020.
Nota :
i. Keputusan pertukaran guru adalah muktamad. Tiada rayuan bagi permohonan yang tidak diluluskan.
ii. Semua pertukaran sesi Jun 2020 yang tidak berjaya akan dipertimbangkan pada sesi Januari 2021.
Tahniah kepada guru yang berjaya dalam permohonan pertukaran guru untuk sesi 2024!